.... BN Bawa Masa Hadapan Automatif Negara, PH Bawa Ke Zaman Silam | AAKJ



Hasil carian imej untuk bn vs ph
Pagi tadi di MAEP Serdang, Datuk Seri Najib ketika berucap dalam majlis Jerayawara Mobiliti Terhubung dan pelancaran Malaysia Autoshow 2018 menyatakan :

"Manfaat-manfaat daripada kajian semula Dasar Automotif Negara hanya boleh tercapai di bawah kesinambungan kerajaan di bawah pentadbiran saya” kata Datuk Seri Najib.

Banyak manfaat yang rakyat dapat. Menerusi industri mobiliti terhubung sejumlah 480,000 ribu graduan kemahiran TVET akan mendapat peluang pekerjaan manakala seramai 300,000 orang graduan IPTA juga akan mendapat peluang kerja sebagai eksekutif dalam industri itu.

Secara keseluruhannya, industri mobiliti terhubung ini akan mewujudkan hampir sejuta pekerjaan baru. Mencipta kereta elektrik dan kereta pintar serta membolehkan lebih banyak vendor baru kereta elektrik diwujudkan di seluruh negara. Masa depan yang lebih futuristik akan tercipta.

Najib berkata MITI dan MAI telahpun memulakan kajian semula Dasar Automotif Negara 2018 (NAP 2018) merangkumi empat tonggak utama iaitu Kenderaan Generasi Baharu, Mobiliti, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan Kecerdasan Buatan.

Menurut Perdana Menteri, antara yang diberi tumpuan dalam manifesto itu berkaitan 'Pengangkutan Futuristik' adalah pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), membina landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Pengkalan Kubor, Kelantan dan pembangunan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) serta fasa 3 Sistem Aliran Transit Massa (MRT).

Jadi jangan undurkan masa ke belakang dengan memilih pemimpin masa lepas dan pembangkang. Mahathir dan pembangkang mahu batalkan semua projek ini. Batal ECRL dan batal HSR. Bila batal semua ini, peluang kerja juga akan turut hilang sekali.

Hari ini, rakyat Malaysia sudah pun menikmati harga kereta dengan harga yang lebih kompetitif. Jarang nampak orang tunggu bas di tepi jalan lagi sekarang ini. Anak anak di kampung pun sudah mampu beli kereta. Satu rumah, kadang kadang sudah ada dua atau tiga kereta.

Ini nikmat yang rakyat dapat sekarang. Dalam manifesto Barisan Nasional pada PRU 13 lepas yang dipimpin oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah menjanjikan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Janji realistik itu telah diakui oleh Penganalisa Industri Automotif Frost & Sullivan dalam Laporan The Malaysia Reserve. Dalam laporan tersebut menyatakan penurunan harga kenderaan baru itu telah menjadi punca ramai orang gemar membeli kenderaan baru.

Penurunan harga kenderaan ini secara umumnya diakibatkan oleh insentif kenderaan cekap tanpa tenaga yang diumumkan oleh kerajaan dalam Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) dalam tahun 2014. Kerajaan memberikan insentif cukai untuk pengeluar-pengeluar kenderaan yang dipasang dalam negara dan kenderaan nasional yang membolehkan harga diturunkan.
Contohnya, harga Perodua Myvi telah turun sebanyak 12.15%, dari RM 50,424 kepada RM 44,300. Proton Persona sekarang yang berharga RM 44,431 menyaksikan penurunan sebanyak RM 8,281. Zaman pemerintahan Dato' Seri Najib lebih jelas dasarnya yang memberi manfaat kepada semua rakyat melalui dasar NAP.

Berbeza dengan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir yang hanya memberi fokus kepada kroni dan kapitalis sahaja serta pemilikan AP kepada orang tertentu sahaja. Hanya kroni terpilih sahaja mendapat keuntungan. Rakyat di bawah masih beratur naik bas di tepi jalan, tengok sahajalah pada zaman itu. Tidak ramai mampu beli kereta.

Hari ini kita boleh lihat teknologi kenderaan nasional yang dibawa oleh Datuk Seri Najib seiring dengan kenderaan luar negara dan mampu bersaing dengan kompetitif sekali. Ini rupa bentuk kenderaan masa hadapan, lihat pautan ini :

https://www.facebook.com/MAIautomotive/videos/1612178675526189/

Jangan hancurkan masa depan ini dengan membuat pilihan yang silap. Rakyat kena #BersamaBN #HebatkanNegaraku

#MalaysiaAutoshow2018
#MA2018
Tulisan :
Beruang Biru
BB891, Khamis
26 April 2018

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top