.... Berita Tidak benar Melemahkan Demokrasi | AAKJ





1. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, sejak Rang Undang-Undang Anti-Berita Tidak Benar Kerajaan 2018 diperkenalkan di Parlimen Malaysia, ia telah menarik banyak perhatian dan ulasan. Kami mengalu-alukan perbincangan, dan selepas mendengar bermacam-macam ulasan, Kerajaan telah membuat perubahan kepada Rang Undang-Undang, termasuk mengurangkan hukuman maksimum untuk sabitan di bawah undang-undang ini kepada enam tahun penjara.

2. Bagaimanapun, beberapa liputan Rang Undang-undang yang dicadangkan telah secara sengaja dikelirukan dan dalam beberapa kes sememangnya tidak benar. Sebagai contoh, definisi berita tidak benar dalam Rang Undang-Undang adalah jelas dan khusus; kebebasan bersuara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak akan disekat; dan Kerajaan sendiri tidak akan memutuskan apa yang dianggap berita tidak benar, tetapi akan membenarkan parti neutral, iaitu Mahkamah, untuk memutuskan melalui proses undang-undang yang bebas. Seperti yang telah kita lihat sejak bekas pemimpin meletak jawatan dan kemerdekaan kehakiman telah pulih, keputusan Mahkamah kini sering tidak menyebelahi Kerajaan dan menteri-menteri kanan.

3. Janganlah kita lupa bahawa Kerajaan ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang telah memperkenalkan langkah-langkah yang paling meluas sejak kemerdekaan untuk memperkuat kebebasan bersuara dan demokrasi. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dimansuhkan; Keadaan Darurat yang telah wujud selama lebih dari 60 tahun telah berakhir; kebebasan media meningkat dengan menghapuskan sekatan ke atas lesen penerbitan akhbar; Akta Universiti dan Kolej Universiti telah diperbaharui untuk membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam kegiatan politik; dan Akta Perhimpunan Aman telah diluluskan, buat pertama kalinya menegakkan undang-undang hak protes damai.

4. Jadi jelas bahawa Kerajaan ini akan bertindak apabila perlu untuk melindungi keamanan dan kebebasan rakyat dan proses demokrasi kita. Dan tidak ada keraguan bahawa undang-undang berita tidak benar ini diperlukan. Selain itu, Malaysia tidak bersendirian dalam pandangan itu. Negara-negara di seluruh dunia, termasuk jiran-jiran ASEAN kita iaitu Singapura dan Filipina, sedang mempertimbangkan atau memperkenalkan undang-undang serupa untuk memerangi berita tidak benar.

5. Jerman telah melaksanakan undang-undang anti-berita tidak benar mereka sendiri yang mengenakan denda sehingga €50 juta (RM241 juta) untuk rangkaian yang gagal menurunkan kandungan yang tidak sah dalam tempoh 24 jam. Di Perancis, Presiden Emmanuel Macron berjanji untuk memperkenalkan undang-undang untuk melarang berita tidak benar di internet semasa pilihan raya. Beliau tidak berkompromi tentang keperluan untuk undang-undang tersebut. "Jika kita mahu melindungi demokrasi liberal, kita mestilah kuat dan mempunyai peraturan yang jelas," katanya.

6. Dan Perdana Menteri Britain, Theresa May melancarkan unit tindak balas pantas berita tidak benar "untuk menangani dengan pantas maklumat yang salah dan menuntut semula perdebatan awam berasaskan fakta." Ini bukan regim penindasan, tetapi negara-negara Eropah yang terkenal dengan mempromosikan kebebas an bersuara dan kebebasan sivil. Trend ini jelas: negara-negara yang ingin mempromosikan perdebatan yang sihat dan proses demokratik berdasarkan fakta menyedari bahawa mereka mesti bertindak menentang berita yang tidak benar.

7. Ini bukan sekadar media sosial atau internet - walaupun berita tidak benar diketahui tersebar dengan pantas melalui platform tersebut, dan malangnya jauh lebih mudah dipercayai daripada kebenaran. Ambil contoh pemilihan yang terakhir sebelum ini, apabila khabar angin palsu tersebar bahawa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi. Tiada jejak mereka pernah ditemui. Namun ramai yang percaya bahawa pengundi hantu ini adalah benar dan ia membawa kepada ketegangan kaum dan ketidakpercayaan pada proses pemilihan. Ini adalah sesuatu yang sangat bahaya kepada demokrasi dan keharmonian kita.

8. Masalah ini menjangkaui sehingga media antarabangsa. Kadang-kadang kesilapan yang mereka lakukan mengenai Malaysia adalah hanya kerana tiada pengetahuan, seperti banyak kali penerbitan antarabangsa merujuk kepada Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai "Mr. Razak" atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Mr. Ibrahim" - dalam kedua-dua kes itu, ia akan bermakna bapa mereka, yang kedua-duanya telah meninggal dunia. Ia adalah membimbangkan bahawa penerbitan antarabangsa yang ramai orang Malaysia ambil serius, tahu begitu sedikit tentang negara kita sehinggakan mereka membuat kesalahan sedemikian. Tetapi kita boleh mengatakan bahawa kejadian seperti itu pada dasarnya tidak berbahaya.

9. Lebih serius ialah apabila media antarabangsa, termasuk agensi berita yang digunakan secara meluas, meletakkan fakta yang sangat-sangat salah. Satu agensi berita baru-baru ini melaporkan bahawa Kerajaan telah menutup The Malaysian Insider tahun lepas, walaupun sebenarnya - sebagaimana yang mereka telah akui - ia ditutup atas alasan komersil. Pembiayanya tidak mahu lagi menanggung kerugian jutaan ringgit kerana laman web yang tidak menguntungkan.

10. Agensi yang sama melaporkan bahawa Kerajaan menyokong rang undang-undang parlimen yang akan "membenarkan hukuman keras berdasarkan syariah, seperti amputasi kerana melakukan pencurian dan rejam kerana berzina". Ini sangat tidak benar, sebagaimana yang diakui agensi itu. Mereka membetulkan cerita mereka, tetapi walaupun itu, laporan tidak benar itu telah tersebar ke seluruh dunia secara literal dan telah dicetak di dalam akhbar dan diterbitkan secara dalam talian di seluruh dunia.

11. Tiada pembetulan lain yang diterbitkan, dan undang-undang fitnah tidak ditetapkan untuk menangani maklumat salah seperti ini, kerana tidak ada orang tertentu yang difitnah. Akibatnya terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang sekarang akan percaya sesuatu yang sangat tidak benar - kerana mereka percaya ia adalah tugas agensi berita untuk mendapatkan fakta yang betul. Malangnya, mereka salah dalam berbuat sedemikian. Mereka diberi "berita tidak benar" mengenai Malaysia - dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya bertolak ansur dengan itu.

12. Satu lagi laman web yang kononnya akademik baru-baru ini melaporkan bahawa inflasi berada pada "tahap yang tertinggi setakat ini" di Malaysia. Malah, ia dianggarkan oleh pelbagai pihak berkuasa yang bereputasi, dalam dan luar negara, berada di antara 2 dan 3 peratus - yang mana adalah rendah kedua-dua menurut rekod di Malaysia dan perbandingan antarabangsa. Lebih banyak berita tidak benar yang dibuat ketika itu oleh para profesor universiti. Adakah mereka peduli bahawa mereka mencalarkan reputasi negara secara tidak benar?

13. Baru-baru ini, terdapat beberapa artikel berniat jahat tentang Malaysia di South China Morning Post (SCMP), dan rakyat Malaysia perlu tahu bahawa ini sebenarnya merupakan berita tidak benar - dan penipuan yang mengejutkan.

14. Pada 30 Mac, SCMP menerbitkan artikel yang paling teruk bertajuk “Why are foreign leaders snubbing Najib ahead of Malaysia’s election?” 

15. Mereka mendakwa bahawa: "Golongan VIP yang selalu datang ke Malaysia telah berkurangan.... Melainkan Najib boleh menunjukkan VIP dengan nama besar di Malaysia, tidak lama lagi, beliau akan menerima kritikan bahawa kedudukan antarabangsa Malaysia telah jatuh di bawahnya pentadbirannya."

16. Ini adalah contoh terbaik berita tidak benar. Dan itu bukan soal pendapat - ia adalah fakta, seperti yang akan saya tunjukkan.

17. Selain daripada amalan yang diamalkan di mana para pemimpin asing tidak membuat kunjungan rasmi ke negara sebelum pilihan raya, kerana takut dilihat sebagai campur tangan dalam proses demokrasi dalaman negara, Kerajaan Malaysia sebenarnya telah menolak lawatan asing atas sebab itu. 
18. Jadi, adakah Perdana Menteri telah tidak dipedulikan? Sebagai permulaan, beliau adalah satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput untuk memberi ucaptama pada Persidangan Anti-Keganasan ASEAN-Australia di Sydney bulan lepas, dan penganjur beberapa persidangan besar-besaran antarabangsa yang akan datang sedang memohon beliau untuk hadir. Jadi beliau tidak diketepikan. Selain itu, antara pemimpin asing yang Perdana Menteri telah alu-alukan ke Malaysia pada tahun lepas adalah:

Raja Arab Saudi, Presiden Perancis, Putera Mahkota Jepun, Raja Bahrain, Perdana Menteri Lao PDR, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Ahli Majlis Negeri Republik China Wang Yong, Emir Qatar, Putera Wales dan Duchess Cornwall, Presiden Indonesia, Perdana Menteri Maghribi, Presiden Komoro, dan Gabenor Jeneral New Zealand.

19. Ini tidak termasuk pemimpin dunia yang menerima Perdana Menteri secara rasmi di luar negara pada tahun lepas. Mereka termasuklah:

Presiden dan Perdana Menteri China, Presiden Amerika Syarikat, Perdana Menteri Great Britain, Perdana Menteri India, Perdana Menteri Australia, Presiden Libya, Perdana Menteri Bangladesh, Perdana Menteri New Zealand, Perdana Menteri Papua New Guinea, Presiden Korea, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Sri Lanka, Presiden Maldives, Presiden Vietnam, dan Sultan Brunei.

20. Ini hanyalah sebahagian daripada senarai, dan tidak termasuk semua pemimpin dunia lain yang telah Perdana Menteri bertemu pada sidang kemuncak. Ia adalah senarai yang sangat panjang. SCMP mungkin tidak menyedari bahawa Perdana Menteri mempunyai tugas untuk dilakukan, selain daripada bertemu dengan pemimpin asing. Tetapi sudah tentu mereka menyedari ini. Mereka hanya ingin berkongsi berita tidak benar.

21. Artikel ini juga mengandungi kesilapan lain yang sangat serius untuk dilihat sebagai berita tidak benar.

22. Sebagai contoh, ia mengatakan terdapat "spekulasi bahawa kerajaan Najib terlibat dalam firma analitik yang korup Cambridge Analytica, syarikat yang terjejas dalam kontroversi global kerana mengubah undi dalam pilihan raya AS".

23. Tidak perlu spekulasi, kerana penulis, jika dia menitik beratkan fakta-fakta, sepatutnya tahu. Kedua-dua Kerajaan dan syarikat induk Cambridge Analytica, SCL Group, telah mengesahkan bahawa syarikat itu tidak pernah dikontrak atau dibayar oleh Barisan Nasional atau Kerajaan. Malah, ketua Cambridge Analytica/SCL Group di Malaysia secara terbuka mengesahkan bahawa satu-satunya orang yang diberikan nasihat oleh mereka ialah Dato' Seri Mukhriz Mahathir - timbalan presiden parti pembangkang PPBM, dan anak lelaki pemimpin pembangkang Dr Mahathir Mohamad. Jadi ini adalah lebih daripada sekadar berita tidak benar.

24. SCMP pernah menjadi akhbar serantau yang sangat dihormati, dan sesetengah rakyat Malaysia yang membaca laporannya mungkin secara naif fikir mereka boleh mempercayai SCMP. Malangnya, sekarang tidak boleh lagi.

25. Seperti beberapa penerbitan dan media antarabangsa, fakta dan proses dan etika kewartawanan pada mereka tidak lagi "suci". Kewartawanan yang cuai dan taktik merosak-rosakkan telah menjangkiti artikel mereka. Baca contoh yang telah saya berikan di atas, kedua-duanya untuk SCMP dan kes-kes lain. Sama ada mereka sengaja atau cuai, mereka adalah contoh maklumat yang salah. Ini adalah berita tidak benar. Ia adalah bahaya kepada kita semua. Dan Kerajaan Malaysia, bersama-sama dengan banyak yang lain di seluruh dunia, tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan menjelang pilihan raya yang akan datang untuk memastikan bahawa demokrasi tidak boleh diracuni dengan penipuan, kepalsuan, kerosakkan dan tanggapan.

26. Satu-satunya orang yang perlu takut dengan Rang Undang-Undang Anti-Berita Tidak Benar 2018 bukanlah meeka yang menyampaikan pendapat yang jujur, dan melaporkan dengan teliti dan jujur menurut protokol kewartawanan yang betul. Tidak, satu-satunya orang yang perlu takut ialah orang yang menyiarkan atau berkongsi berita tidak benar - atau penipuan, kepada anda dan saya. Jika kita dikritik kerana berada di sisi kebenaran, tidak mengapa. Itulah kritikan yang boleh kita ambil dengan hati yang baik. Dan kita tidak akan berhenti menghentam orang-orang yang akan mengelirukan fakta-fakta - yang mana kita pasti - dengan putar belit dan penipuan oleh orang yang akan menghancurkan demokrasi untuk tujuan yang mementingkan diri sendiri.

27. Kisah sebenar Malaysia adalah sejak Perdana Menteri mengambil alih jawatan pada tahun 2009, Pendapatan Negara Kasar Malaysia telah meningkat sebanyak lebih daripada 50 peratus, hampir 2.7 juta pekerjaan telah diwujudkan, pengangguran dan inflasi kekal rendah, dan kemiskinan mutlak hampir dihapuskan. Ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat tahun lalu sehinggakan Bank Dunia terpaksa menaikkan anggarannya sebanyak tiga kali pada 2017, dan walaupun begitu angka sebenar, pada 5.9 peratus, melebihi ramalan akhir mereka.

28. Rancangan kerajaan untuk kesejahteraan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya sedang dipenuhi. Seperti yang dilaporkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa pada awal bulan Mac 2018: "Negara ini sedang dalam perjalanan untuk mencapai status berpendapatan tinggi."

29. Ini adalah fakta, dan mereka sahaja yang harus memaklumkan ini di negara ini dan di luar negara. Untuk dimaklumkan dengan betul adalah perkara yang asas yang rakyat Malaysia patut terima. Pembangkang dan beberapa media yang menyokong mereka nampaknya tidak bersetuju. Mereka mungkin lebih suka memutarbelit, merosakkan dan berbohong secara terang-terangan - tetapi Kerajaan akan terus berjuang untuk kebenaran.

Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Malaysia



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top