.... Apa Yang Ahli DAP Ini Cakap Mengenai Seorang Pemimpin Korup Dan Suka Tikam Belakang Adalah Peringatan Yang Tepat Pada Masanya | AAKJ



Tulisan asal oleh:
Malaysian Digest, 25 April 2018
Apa yang berlaku kepada anggota DAP ini pasti mengingatkan anda kejadian sama yang pernah berlaku, jika anda mengingati nasib Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw.

Kali ini adalah giliran mantan pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, dipecat oleh pemimpin partinya kerana enggan mengikuti telunjuk partinya supaya lompat kawasan untuk mendapatkan keuntungan politik.

Rakaman ucapan yang diberikan oleh Dr Boo telah menjadi viral yang mengandungi rujukan langsung kepada seorang pemimpin DAP yang dicemari dengan skandal rasuah tetapi enggan meletak jawatan malah lebih buruk lagi, memilih untuk menikamnya dari belakang.

"Pemimpin parti yang didakwa dengan rasuah patut letak jawatan," Dr Boo mengingatkan bahawa dia telah dibuang walaupun dia tidak pernah melakukan apa-apa yang membahayakan parti tetapi ada orang lain yang mencemarkan nama parti namun masih dilindungi.

"Pemimpin sebegitu bukan sahaja tidak patut bertanding.

"Dia perlu letak jawatan atau keluar dari parti kerana DAP bukan milik keluarga atau mana-mana syarikat," kata Boo.

Siapa pemimpin yang dikatakan oleh Boo?

Lihat video di bawah dan tentukan sendiri.

Penganalisis politik Lim Sian See telah memberi komen dalam video viral tersebut dalam posting Facebooknya baru-baru ini.

"Boo juga mengatakan kepimpinan harus tahu bahawa jika mereka korup, mereka bukan sahaja patut berhenti bertanding tetapi harus meninggalkan DAP dan tidak mencemarkan nama dan reputasi parti.

"Dalam beribu calon dari berpuluh-puluh parti, hanya satu calon sahaja yang akan bertanding walaupun masih berada di bawah kes mahkamah jenayah yang sedang berlangsung untuk dua pertuduhan rasuah terhadapnya," kata LSS.

Kenyataan Dr Boo kepada penyokongnya juga dijadikan peringatan kepada penyokong DAP yang lain.

"Saya teguh atas pendirian saya, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan... tetapi dia menggunakan orang-orang yang telah saya latih untuk menikam saya dari belakang.

"Adakah dia layak menjadi pemimpin kita?

"Jika dia tidak layak, maka dalam pilihan raya ini, anda perlu menggunakan undi anda untuk mengajarnya."


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top