.... Ahmad Razif kekal MB Terengganu – TPM Zahid Hamidi | AAKJ



Majlis Pelancaran Manifesto BN Terengganu dan Jentera Pilihanraya P038 Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang.
HULU TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membuat kenyataan bahawa Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan terus menjadi Menteri Besar Terengganu sekiranya BN berjaya mengekalkan kuasa pada PRU14 kali.
Kenyataan itu disuarakan beliau ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto BN Terengganu dan Jentera Pilihanraya P038 Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang, di sini hari ini.
“InsyaAllah di atas perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin, Dato’ Seri Ahmad Razif akan terus kekal menerajui Terengganu,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Timbalan Pengerusi BN Terengganu, Dato’ Seri Jailani Johari dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato Mohd Zubir Embong.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top