.... Wang, Kuasa Perkara Penting DAP | AAKJ






‘Jiwa’ parti cauvinis DAP yang kononnya memperjuangkan hak rakyat Malaysia telah terkubur dan kini yang tinggal adalah kegilaan terhadap kuasa dan wang ringgit.


Melalui laman Facebook penganalisis politik, Lim Sian See, seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina, Tan Sia Chin meluahkan kekecewaannya terhadap parti yang ditubuhkan sejak 1965 itu dan telah dikongsi beberapa individu lain di Facebook hari ini.


Jelas Sia Chin, dia merupakan ahli seumur hidup DAP yang setia dan percaya dengan perjuangan parti itu sejak beliau berada di Universiti Malaya menerusi gerakan pelajar dan hari-hari reformasi mengenai usaha menghapuskan rasuah dan amalan nepotism Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika di tampuk pemerintahan negara.

“Saya berani menghadiri ceramah dengan payung ketika hujan kerana mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang kerajaan yang dipimpin Dr. Mahathir dan kroni-kroninya. Ceritanya berkisar bagaimana Dr. Mahathir kayakan anak-anak lelakinya dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin masih segar di ingatan saya.

“Di atas pentas yang sama Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menceritakan mengenai keganasan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sewaktu mereka di penjara ketika Operasi Lalang. Selepas mendengar semua itu saya menangis dan tertanya-tanya apakah jenis diktator yang dimiliki negara ketika berada di bawah pemerintahan Dr. Mahathir,” katanya.

Tambah Sia Chin, selepas 19 tahun berlalu, hatinya bertambah kecewa melihat situasi hari ini apabila musuh yang selama ini dilaung-laungkan DAP duduk bersama di bawah satu bumbung untuk mengubah negara.

Katanya, pada awalnya dia memuji usaha tersebut dan suka dengan keadaan itu kerana bersatu atas sebab yang sama, bagaimanapun apabila dilihat secara mendalam menerusi beberapa majlis, Sia Chin kecewa apabila melihat Dr. Mahathir merayu meminta derma untuk partinya bagi bertanding dalam pilihan raya.

“Dalam fikiran saya dengan pendapatan berbilion ringgit, kenapa anak-anak Mahathir itu tidak menyumbang untuk dana parti lebih-lebih lagi ia diperoleh melalui kontrak daripada kerajaan semasa Mahathir memerintah.

“Saya pernah diberitahu dalam beberapa ceramah oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar, Kit Siang, Guan Eng dan (bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Seri) Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat) bahawa Dr. Mahathir menggelapkan wang kerajaan supaya anak-anak lelakinya serta kroninya kaya.

“Kenapa sekarang mereka tidak boleh membantu dalam perjuangan pembangkang. Saya sangat yakin wang yang dimiliki anak-anak Dr Mahathir mampu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Tetapi masih meminta daripada rakyat. Saya berusaha untuk faham kenapa?” dakwanya.

Dalam masa sama, Sia Chin turut mempersoalkan kutipan derma itu untuk tujuan populis atau menambah lagi kekayaan yang dimiliki, namun dia yakin hanya Dr. Mahathir yang mengetahui sebabnya.

Katanya, kali ini dia tidak dapat membantu dalam kutipan derma itu, berbeza ketika menghadiri ceramah pada lewat 1990-an di mana Sia Chin sentiasa menyumbang bagi menyokong perjuangan Reformasi.

“Tetapi sekarang saya tidak boleh membantu tetapi tertanya apa guna meminta derma untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedangkan individu yang berada di belakang parti itu kaya. Saya hanya boleh simpulkan kutipan itu untuk simpanan Dr. Mahathir dan anak-anaknya untuk memperoleh kedudukan yang penting dalam kerajaan sekali lagi bagi mendapat lebih banyak projek atau mendapat lebih banyak wang.

“Selain itu, saya cuba membayangkan anak-beranak Lim (Guan Eng), adakah mereka betul-betul mahu menyelamatkan Malaysia atau menyelamatkan wang masing-masing seperti Dr. Mahathir,” katanya.

Beliau turut menyatakan, sejak skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang menjadi perhatian dengan mengaitkan sejumlah wang yang banyak dikenali dengan ‘kawtim’, hatinya bertambah kecewa terhadap perjuangan DAP.

Katanya, DAP yang dikenali kini bertukar kepada persatuan orang kapitalis dan wang serta kuasa menjadi perkara paling penting dalam parti tersebut.

“Kini Kit Siang dan Guan Eng memeluk si kapitalis Dr. Mahathir dan kroninya-kroninya dan ia adalah hari yang sedih untuk kita semua. Lelaki yang pernah mengeluh yang dia dipukul dan dipenjarakan ketika Operasi Lalang, kini merangkul dan memeluk lelaki yang dikatakan boleh menyelamatkan Malaysia.

“Tidak hairan penyokong seperti kami dan anak-anak muda ingin melakukan undi rosak. Kini saya tidak dapat tetapi membantu supaya meratapi masa depan negara ini jika ia jatuh ke tangan mereka yang lapar dengan kuasa dan lelaki gila duit.

“Reformasi kini telah mati seperti yang kita tahu. Tiada lagi jiwa yang tinggal dalam DAP. Perjuangan air mata rakyat Malaysia telah mati dan semua yang tinggal adalah kuasa dan wang,” katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top