.... Program Sembang Mukhriz Hambar | AAKJ






Program Sembang Santai Bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Bukit Kechik Jabi di sini anjuran Pakatan Harapan Pokok Sena ternyata gagal menarik kehadiran penduduk setempat.


Tinjauan Utusan Online mendapati lebih kurang 150 orang sahaja hadir untuk mendengar ucapan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu.


Tiada isu rakyat yang dilihat diketengahkan Mukhriz sebaliknya memainkan sentimen politik kebencian terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selain mempertikaikan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) yang disifatkan berat sebelah kepada UMNO.

Mukhriz juga hanya mengungkit kemajuan di utara khususnya di Kedah berlaku disebabkan jasa bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. 

"Selama 22 tahun kita menyaksikan pembangunan yang besar di negara kita termasuklah Kedah Darul Aman ini, kerajaan Malaysia dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan hari ini. Bab itu mereka tak habaq (beritahu), sengaja nak bagi kita lupa. Mereka cuba nak buang daripada ingatan kita. 

"Yang ini, tiada siapa di Kedah boleh lupa bahawa bermacam-macam pembangunan dirasai di Kedah seperti penubuhan dan pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM), lebuh raya, pelbagai kemudahan yang berlaku antara 1981 hingga 2003.

"Selepas 2003, tiada apa dah (pembangunan)... pembangunan di Langkawi pun berlaku dalam tempoh 22 tahun itu. Kalau itu buat kita rasa kenang budi dia, tuan puan berpeluang menunjukkan sokongan kepada dia keranaTun Dr. Mahathir telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan, " katanya.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top