.... PPBM Recycle Isu Lapuk | AAKJ





Pakatan Harapan yang diketuai DAP masih menggunakan isu lapuk seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta peningkatan kos sara hidup bagi mempengaruhi rakyat dalam ceramah yang diadakan di Taman Gadong Perdana di sini malam tadi.


Dalam program yang dihadiri kira-kira 300 orang penduduk itu, antara inti pati ucapan yang disampaikan hampir kesemua pemimpin pakatan itu mengulangi skrip yang sama kononnya rakyat tertindas dengan sistem GST yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selain tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat.


Program Sambutan Tahun Baharu Cina itu yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tangga Batu dihadiri Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut menggunakan isu sama.

Selain bekas Menteri Besar Kedah itu, yang turut menyampaikan ucapan ialah Ketua Pembangkang Melaka daripada DAP, Khoo Poay Tiong yang juga Setiausaha Pakatan Harapan negeri dan Ketua PPBM Bahagian Tangga Batu, Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Tindakan pemimpin pakatan itu mengulangi isu-isu lapuk selain merayu sokongan pengundi memilih mereka menunjukkan gabungan parti itu seolah-olah ketandusan idea untuk berdepan dengan BN pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Sementara itu, Mukhriz dalam sidang akhbar selepas program itu memberi bayangan beliau bersedia untuk diletakkan sebagai calon PRU-14 di mana-mana kerusi termasuk kerusi tradisi yang disandang oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top