.... Persempadanan Semula Dibuat Ikut Prinsip Demokrasi dan Perlembagaan | AAKJ






Proses kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibentangkan semalam di Dewan Rakyat adalah sah dan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi. 

Ianya bukan dibuat bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada parti kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa pembangkang. 

Langkah persempadanan semula dibuat untuk mengkaji kesesuaian sempadan bahagian pilihan raya sedia ada bagi memudahkan urusan pilihan raya dan pendaftaran pemilih.

Blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) semalam bersungguh-sungguh menentang pembentangan itu yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113.2(ii), kajian perlu dilakukan selepas lapan tahun dari tempoh satu kajian semula terdahulu. 

Kali terakhir proses persempadanan semula dilaksanakan ialah pada penggal 2001 hingga 2005 iaitu pada 2003 melibatkan pertambahan 29 kerusi Parlimen dan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia adalah kira-kira 13 tahun lepas. Mengikut Perlembagaan, ia boleh dilaksanakan semula pada selepas kali terakhir melebih tempoh lapan tahun. 

Pada masa itu, ketika PRU ke-12, pembangkang ketika itu dengan nama Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri. Bagaimanapun, untuk persempadanan semula tahun 2018 untuk PRU14, pembangkang melalui Pakatan Harapan (PH) membantah dengan alasan ia akan menguntungkan BN.

Pakatan harus tahu, proses berkenaan adalah sebahagian fungsi SPR dalam proses demokrasi di negara ini. Sepatutnya, proses persempadanan semula sudah dilakukan pada 2011 tetapi ditangguhkan. Sejak itu, wakil rakyat pembangkang ambil kesempatan tidak buat kerja di kawasan tapi sibuk hendak mencaci dan menghentam BN sahaja. 

Apabila tiba PRU13, mereka tetap bersama dengan pengundi sama selepas buat banyak cerita bohong dan menang. Proses persempadanan untuk PRU14 menggerunkan mereka kerana ada jumlah pengundi akan termasuk dalam sempadan lain dan tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka selepas gagal buat kerja.

Bukan hanya parti PH sahaja terlibat dalam proses persempadanan semula ini, malahan kawasan yang diwakili oleh BN juga terlibat. 

Ia dijalankan berlandaskan Perlembagaan oleh pihak SPR. Ia untuk memudahkan pengundi semasa pilihan raya, jumlah pemilih seimbang, mengambil kira kemudahan pentadbiran dan memelihara hubungan tempatan. 

Tidak mustahil kaki-kaki lari kawasan pemimpin akan mula berkira-kira cari lokasi baru untuk bertanding selepas sempadan masing-masing berubah dan mungkin penyokong setia mereka sudah mengundi dalam kawasan Parlimen atau DUN yang lain. 

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Kali Keenam Tahun 2018 yang dibentangkan oleh Najib dengan 129 orang Ahli Parlimen menyokong manakala 80 orang menolak. 

Zaman Mahathir tiga kali persempadanan semula dibuat iaitu pada tahun 1984, tambah 19 kerusi parlimen. Pada tahun 1994, tambah 12 kerusi parlimen dan pada tahun 2003, 21 kerusi parlimen. 

Kali ini persempadanan semula yang dibuat tiada ada pun pertambahan kerusi baru parlimen dan DUN seperti zaman Mahathir. Sistem dan perlembagaan yang sama juga digunakan sekarang. Jadi Mahathir dan pembangkang hendak politikkan apa lagi? 

Sengaja sahaja dipolitikkan oleh mereka. Menurut Dr Ainul Adzellie Hasnul, penganalisis politik dari UKM dalam akhbar Berita Harian semalam, DAP juga untung menerusi persempadanan semula ini terutamanya di kawasan bandar. 

Jadi hendak politikkan apa lagi? Raikanlah sistem demokrasi yang sedia ada di Malaysia. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top