.... PAS Terengganu Yang Malang | AAKJ



Apa lagi yang pemimpin PAS terengganu mahu 'lebong' rakyat? Tidak cukupkah penipuan demi penipuan yang mereka lakukan demi survival politik peribadi?

1. Hudud - sudah tidak kedengaran lagi sejak PAS berpisah entah talaq berapa dengan DAP. Adakah Hudud sudah tidak relevan lagi kepada PAS kerena takut hilang pengundi?
 Sepatutnya Hudud dimasukkan ke dalam manifesto PAS Terengganu tetapi demi nyawa politik berkepentingan peribadi - PAS Terengganu membisu sejuta bahasa.
 Apa jawapan yang PAS Terengganu nak persembahkan kepada rakyat Terengganu apabila HUDUD seakan dibuang dari perjuangan mereka? Bolehkah PAS Terengganu hidup tanpa hudud?

2. Bertambah parah apabila PAS Terengganu khasnya mula hilang imej Islamik kerana tidak berjaya mengawal pemimpin berpangkat YB dan pemimpin di pelbagai peringkat hingga ke penjaga peti undi pun dan jadi jentera siber, tinggalkan pengundi kerana mengejar 'samah serial' dedak untuk kepentingan kelompok tertentu.
 Bayangkan penjaga peti undi di hantar ke Taman Ilmu untuk membuat rakaman, bukan setakat salah menceroboh tetapi yang rosaknya beliau rakam hanya kepada kawasan yang di dalam perancangan baik pulih. Kenapa tidak rakam dan dedahkan beberapa blok asrama yang sudah di duduki dan Masjid Taman Ilmu yang sudah sekian lama digunakan oleh ribuan jemaah?
 PAS pusat gagal total untuk mengawal game politik PAS Terengganu - akhirnya ahli PAS Terengganu lebih dari suku sudah keluar parti samada secara terbuka atau pun secara senyap-senyap merayap ke kem Mat Sabu. Patutkah isu Taman Ilmu dijadikan modal politik? atau menggunakannya sebagai subjek untuk kutip duit dari penyokong?
 Telah viral di laman-laman sosial bahawa Adun Pas sengaja membiarkan ahlinya menyerang Taman Ilmu walau pun mereka tahu kedudukan sebenar projek yang diambil inisiatif serius oleh MB Razif dan barisan kepimpinan beliau. Tidak pernah ada di mana-mana kenyataan rasmi atau tidak rasmi bahawa MB Razif atau dan kerajaan negeri Terengganu ingin hentikan terus projek yang bakal membawa manfaat besar kepada rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.
 Beratus kali penerangan dibuat baik di dalam Sidang DUN mahu pun di dada akhbar tentang apa sebenarnya berlaku di Taman Ilmu, namun 'kebabilan' wakil rakyat PAS memakan diri sendiri.

Asal buka mulut, pemimpin PAS Terengganu akan menipu !!






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top