.... PAKATAN HARAPAN MAHU PECAT SEMUA PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN | AAKJ





Pakatan Harapan yang diketuai DAP akan memecat semua pegawai tertinggi dalam kerajaan hari ini sekiranya parti itu memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (#PRU14).

Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, langkah memecat pejawat awam yang tidak sehaluan dengan pembangkang selama ini merupakan perubahan pertama dilakukan sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan.

"Jika kami berjaya memegang kerajaan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, saya boleh masukkan dalam janji 30 hari pertama yang kami akan pecat semua pegawai-pegawai tertinggi kerajaan sedia ada yang memihak kepada Barisan Nasional.

"Melihat keadaan kerajaan hari ini, itu kami faham, tetapi sudah melampaui batas untuk melindungi seorang penjenayah dan perbuatan itu tidak boleh diterima.

"Penjawat awam di peringkat mana sekalipun memegang satu amanah untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan hanya untuk menjaga kepentingan individu tertentu," katanya dalam sesi dialog 'Tak Ado Apo Nak Sorok', di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, perkara itu boleh dilakukan kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa melantik individu dalam jawatan tersebut sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, pembangkang mengesyorkan lantikan individu bagi jawatan tinggi dalam kerajaan perlu diluluskan di peringkat Parlimen sebelum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top