.... Mengapa Red Granite Bayar DoJ? | AAKJ




Kenapa syarikat Riza Aziz Red Granite membayar AS$60 juta kepada DoJ untuk menyelesaikan tuntutan sivil yang mahu merampas aset.

Ianya adalah hanya kerana ia masuk akal dari segi perniagaan.

Pertama, Red Granite dianggap sangat berjaya untuk sebuah syarikat baru kerana filem-filemnya telah meraih keuntungan yang besar.

Tuntutan DoJ telah menghalang mereka daripada meneruskan urus niaga mereka dalam tempoh dua tahun yang lalu, maka dengan membayar AS$60 juta ini, ia membolehkan mereka untuk meneruskan urus niaga mereka yang telah mencecah sekurang-kurangnya AS$802 juta - sebelum mengambil kira jualan DVD dan TV kabel.

AS$60 juta mungkin kelihatan seperti banyak wang untuk anda dan saya tetapi kepada Red Granite, mereka mendapati bahawa mereka akan menanggung kos yang lebih tinggi jika perniagaan mereka terhalang.

Sebagai contoh, jualan DVD untuk "Wolf of Wall Street" di Amerika Syarikat sahaja bernilai AS$35,243,008 - tidak termasuk jualan hak untuk tayangan di TV kabel di tempat lain di dunia.
https://www.the-numbers.com/movie/Wolf-of-Wall-Street-The#tab=video-sales

Kedua, banyak wang untuk membayar AS$60 juta itu sebenarnya datang dari studio filem Paramount Pictures, yang telah memegang keuntungan Red Granite bagi pihak DoJ untuk beberapa filem.

Menyelesaikan tuntutan ini akan membolehkan Red Granite mendapat akses kepada hak-hak filem-filemnya yang masih menarik masuk aliran tunai.

Ketiga, penyelesaian ini juga menetapkan bahawa pembayaran ini tidak boleh dianggap sebagai "pengakuan salah atau liabiliti di pihak Red Granite" - yang bermaksud Red Granite akhirnya dapat mengakhiri bab ini dengan DoJ yang mungkin akan dipanjangkan selama bertahun-tahun lagi.

Jika Riza Aziz tidak dikaitkan dengan PM Najib atau 1MDB, beliau akan dianggap sebagai wira global di Malaysia.

Tiada rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan filem di Amerika Syarikat sehingga kini.

Kredit harus diberikan mana yang patut.

Riza tidak perlu meminta bapa tirinya atau ibunya untuk memberi beliau projek perundingan langsung dari Telekom atau menjadikannya orang Melayu kedua terkaya di Malaysia atau mencipta parti politik dan menjadikannya Timbalan Presiden atau menjadikannya Setiausaha Agung parti politiknya dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

- Lim Sian See

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top