.... Manifesto Pakatan Harapan Palsu | AAKJ






Manifesto Pakatan Harapan yang cuba digambarkan sebagai susu dan madu kepada rakyat sebenarnya adalah cawan yang dipenuhi racun.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, janji-janji tersebut hanyalah bersifat keuntungan jangka pendek dan kesengsaraannya bakal ditanggung generasi akan datang.


“Lihat sahaja janji yang mereka buat selepas 100 hari pertama jika berkuasa. Mereka akan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sedangkan hampir seluruh negara di dunia melaksanakan GST. 

“Mereka juga tidak menjelaskan jumlah yang diperoleh untuk menggantikan RM40 bilion yang hilang selepas GST dimansuhkan. Di manakah pendapatan alternatif yang diperlukan untuk membangunkan negara akan datang? Berapa banyak pendapatan daripada SST,” katanya dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top