.... Mahathir Lebih DAP Dari DAP | AAKJ





Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menempelak Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai lebih 'DAP daripada DAP' yang pernah dikecam habis-habisan sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini. 


Menurutnya, kenyataan Dr. Mahathir kononnya beliau sanggup menjadi umpan bagi meraih undi Melayu untuk pakatan tersebut langsung tidak boleh 'dipakai' atau diterima. 


"Hakikat sebenar, Dr. Mahathir bukannya menjadi umpan pakatan tersebut untuk meraih undi orang Melayu sebaliknya beliau menjadi umpan DAP bagi mendapatkan kepercayaan orang Melayu. 


"Kesanggupannya menjadi umpan demi mendokong perjuangan DAP sememangnya sesuatu yang amat janggal. Dulu bukan main Dr. Mahathir kata DAP sebagai parti cauvinis, rasis dan sebagainya malah turut menyatakan bahawa negara ini dominasi politiknya harus didokong oleh Melayu tetapi kini semuanya sudah jadi lain," katanya. 


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program 'kembali ke sekolah' anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dengan kerjasama UEM Group Bhd. di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, di sini hari ini. 


Pada majlis itu seramai 400 pelajar sekolah rendah dalam Parlimen ini menerima kelengkapan persekolahan antaranya pakaian beg dan kelengkapan sekolah. 


Portal berita pro pembangkang, Malaysiakini semalam melaporkan, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia menjadi umpan bagi Pakatan Harapan diketuai DAP meraih undi Melayu biar pun usianya sudah menghampiri 93 tahun.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top