.... Lim Guan Eng Tunggu SPRM Sahut Cabarannya | AAKJ






Ketua Menteri, Lim Guan Eng seolah-olah tidak mempedulikan amaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas berkeras akan terus mempersoalkan tindakan yang diambil suruhanjaya berkenaan.


Malah, Guan Eng juga menegaskan akan terus membangkitkan berhubung siasatan SPRM dalam kes terowong dasar laut yang disifatkan beliau kononnya dwistandard.

"Saya tetap dengan pendirian saya, sebelum ini SPRM menegaskan akan mengambil tindakan terhadap saya dan saya masih menunggu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengingatkan Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelak apa yang diperkatakan menjadi satu fitnah.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top