.... KhaledTempelak Salahuddin | AAKJ







Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menempelak Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub yang menggambarkan beliau dan pegawai kanannya terlibat rasuah. 


Beliau berkata, dakwaan Timbalan Presiden PAN itu hanyalah tuduhan semata-mata dan menyifatkan beliau ketandusan isu untuk diperkatakan. 


"Itu hanyalah satu tuduhan sebab dia tidak ada isu lain," katanya selepas merasmikan Majlis Mykasih-Yayasan Pasir Gudang (YPG) Food Programme 2018, di sini sebentar tadi. 

Malam tadi, Salahuddin dalam ucapannya pada ceramah 'Muar Kunci ke Putrajaya' di Kampung Sungai Balang Besar, Muar membuat serangan peribadi terhadap Mohamed Khaled apabila mengambarkan beliau serta pegawai kanannya melakukan rasuah.

Salahuddin mendesak Menteri Besar dan pegawai kanannya untuk mengisytiharkan harta selain disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


Pada majlis Mykasih-YPG Food Programme, Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan kepada sebahagian daripada 245 penerima bantuan sara diri golongan tidak berkemampuan dengan nilai keseluruhan RM235,200.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top