.... Kapal Layar Jho Low Bukan Milik 1MDB | AAKJ




Rampasan kapal layar itu seolah-olah membuat penyokong Pakatan sangat gembira - sesuatu yang saya tidak pasti saya faham kerana ia bukannya kapal layar milik Najib, Rosmah, anak lelakinya atau mana-mana ahli politik BN.

Ini bukan rampasan pertama terhadap aset Jho Low. Sebelum ini, lukisan dan pesawatnya juga dirampas. Jadi mengapakah begitu gembira dengan rampasan satu lagi aset?

Walau bagaimanapun, saman sivil terhadap Jho Low masih tergantung dan tiada saman jenayah telah dimulakan walaupun selepas 2 tahun.

Sekiranya anda percaya kepada laporan WSJ dan DOJ, wang untuk membeli aset ini tidak datang secara langsung dari 1MDB malah 1MDB juga tidak membayar secara langsung untuk membeli aset ini.

Oleh itu, kapal layar atau aset lain yang dirampas sama sekali bukanlah aset 1MDB dan 1MDB tidak mempunyai sebarang kaitan ke atas mereka. Jadi, 1MDB tidak peduli sama sekali tentangnya.

Sebilangan besar aset tersebut dibeli selepas 1MDB telah membayar Aabar BVI dengan wang yang masuk terus ke dalam akaun Pengerusi Aabar Abu Dhabi Khadeem Al Qubasi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Husseiny. Kedua-dua mereka juga merupakan pengarah tunggal Aabar BVI. (Sehingga hari ini, tiada siapa yang telah memfailkan saman jenayah terhadap kedua-dua orang ini – sama ada di Abu Dhabi atau di mana-mana sahaja – yang mana adalah sesuatu yang pelik).

Apa yang penting pada 1MDB adalah Aabar Abu Dhabi dan IPIC bertanggungjawab terhadap wang yang dihantar oleh 1MDB, maka tumpuan utama 1MDB adalah untuk menyelesaikan rundingan dengan IPIC yang bermula selepas 1MDB membuat pembayaran terakhir sebanyak AS$1 bilion yang mana telah dipinjamkan IPIC kepada 1MDB pada bulan Jun 2015.

Bon AS$3.5 bilion itu masih dijamin oleh IPIC dan 1MDB masih mempunyai jaminan dari Aabar Abu Dhabi ke atas unit dana itu - jadi biarkan 1MDB dan IPIC selesaikan persetujuan mereka.

1MDB masih mempunyai banyak pengaruh dan tuntutan sebenar untuk mendapatkan semula wang mereka sepenuhnya. Ini bukan kerugian FOREX BNM bernilai RM30 bilion (Skandal RM100 bilion) oleh Mahathir dan Anwar yang ‘habuk pun takde’ lagi dengan tiada peluang untuk didapatkan semula.

1MDB telah mengurangkan banyak hutang sebelumnya dan melakukan banyak kemajuan dalam TRX (lihat Signature Tower), 8 pangkalan tentera serta tindakan membantu menyelesaikan IPP berat sebelah yang akan menjimatkan Malaysia RM200 bilion dalam tempoh lebih 20 tahun. . Biarkan mereka selesaikan tugas mereka.

- Lim Sian See

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top