.... Jho Low Kecam DOJ Atas Rampasan Kapal Layar Mewah | AAKJ






Ahli perniagaan Low Taek Jho telah mengkritik Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) kerana tidak membuktikan bahawa sebarang salah laku telah dilakukan, berikutan rampasan kapal layar mewah yang dikatakan dimiliki olehnya oleh pihak berkuasa Indonesia.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (28 Februari), seorang jurucakap Low berkata, DoJ telah membuat prosiding pelucuthakan aset dan tidak mengambil sebarang langkah untuk membuktikan bahawa sebarang salah laku telah berlaku.

"Oleh itu, ia adalah mengecewakan bahawa, daripada menolak dakwaan yang tidak betul dan bermotivasi politik itu, DoJ tetap meneruskan coraknya iaitu menjangkau sehingga ke peringkat global - semuanya berdasarkan dakwaan yang salah sepenuhnya yang tidak disokong.

"Kami menantikan Mahkamah dibentangkan dengan fakta sebenar yang menunjukkan bahawa kes DoJ itu benar-benar tanpa asas," kata jurucakap itu.

Terdahulu, kapal layar "Equanimity" bernilai AS$250 juta (RM979 juta) itu dirampas di pulau Bali oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai sebahagian daripada penyiasatan rasuah berjuta-juta dolar yang dikaitkan dengan dana negara Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB berada di tengah-tengah siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pada bulan Ogos 2017, DoJ meminta penangguhan untuk tuntutan mahkamah sivilnya untuk merampas aset bernilai lebih daripada AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB yang dicuri kerana ia menjalankan siasatan jenayah yang berkaitan.

Antara aset yang dicari ialah kapal layar mewah bernilai AS$250 juta (RM979 juta) yang dibeli oleh Low, yang dinamakan sebagai orang penting dalam tindakan undang-undang AS itu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top