.... Jawatan MB Terengganu: Malaysiakini Lagakan Pemimpin BN | AAKJ





MALAYSIAKINI sememangnya lidah pakatan pembangkang diketuai DAP. Mereka dilikat cuba melaga-lagakan pemimpin Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) yang bakal menjelang.
Antara topik hangat yang cuba diketengahkan Malaysiakini adalah calon Menteri Besar Terengganu. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir, Kuala Nerus. Malah beliau dikatakan akan terus dicalonkan sebagai Menteri Besar Terengganu lagi.
Namun Malaysiakini melaporkan sebaliknya. Kononnya wujud spekulasi setiausaha politik Najib, Datuk Jailani Ngah akan bertanding di DUN Batu Rakit dan menjadi calon menteri besar Terengganu. Tindakan tersebut bertujuan menganggu momentum BN Terengganu yang sedang berjalan dengan baik.
Malaysiakini mungkin lupa atau sengaja tidak menceritakan fakta sebenar bahawa Datuk Jailani adalah antara pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan bukannya seorang ahli politik walaupun beliau berasal dari Terengganu.
Sebelum ini, Malaysiakini juga ada mengeluarkan artikel tentang beberapa orang pegawai daripada PMO bakal bertanding di beberapa kerusi di seluruh Malaysia.
Justeru, begitu mudah kita boleh melihat bagaimana Malaysiakini bukan sahaja cuba merosakkan negeri yang BN berpotensi menang besar malah pada masa yang sama cuba memburukkan hubungan antara PMO dengan kepimpinan parti di peringkat negeri.
Serangan murahan sebegini terpaksa dilakukan kerana UMNO dan BN Terengganu terus mendapat sokongan yang padu daripada rakyat.
Penerimaan rakyat terhadap gaya kepimpinan MB Razif bersama saf kepimpinan negeri yang lain begitu positif kerana misi MB Razif amat jelas, iaitu ‘people centric’.
Beliau memberi tumpuan khas kepada tiga isu utama iaitu perumahan, pekerjaan dan pendapatan disamping nilai-nilai pengukuhan ukhuwah antara kerajaan dan rakyat.
MB Razif memperkenalkan konsep menawarkan perkhidmatan yang mana rakyat boleh berhubung terus dengan beliau melalui talian hotline “Mudah Sokmo”.
Perkara sebeginilah yang menjadi kegerunan kepada parti pembangkang yang ada di Terengganu.
Isu-isu serangan yang tidak matang seperti Taman Ilmu dan bas amfibia nampaknya tidak memberi kesan langsung kepada pentadbiran yang telus oleh MB Razif dan barisan kepimpinan negeri.
Ini menyebabkan usaha melaga-lagakan pemimpin UMNO dan BN terus berlangsung dan ini bukan pertama kali Malaysiakini cuba menampakkan betapa kepimpinan UMNO BN Terengganu tidak bersatu.
Mutakhir ini, MB Razif berjaya mengumpulkan lebih 10 ribu rakyat daripada pelbagai warna politik untuk berada dalam satu program iaitu ‘Negeriku Berselawat’
Kehadiran luar biasa ini membuktikan dengan jelas betapa kerajaan negeri yang dipimpin MB Razif semakin mendapat tempat di hati rakyat.
Bayangkan lebih daripada 20 institusi agama hadir memberi sokongan kepada usaha murni kerajaan negeri tersebut.
Semua rakyat tahu “Terengganu Molek Doh” dibawah pentadbiran Barisan Nasional.
  • pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top