.... Jana Duit Melalui Online Tiada Cukai? | AAKJ




Dewasa ini dalam kegiatan perniagaan yang semakin terkini, apa juga medium perniagaan sama ada secara fizikal ataupun dilakukan di alam maya sudah mula menjadi kebiasaan.
Peluang menjana pendapatan terutama dengan tersedianya perkhidmatan jalur lebar yang semakin meluas menyebabkan tumbuhnya bisnes dalam talian yang semakin aktif.
Uniknya mereka yang pakar dalam pembangunan aplikasi mudah alih memberikan mereka peluang mencipta aplikasi mengikut keperluan pengguna atau trend semasa.
Tidak dinafikan perbelanjaan untuk membangunkan sesuatu aplikasi mudah alih memerlukan sejumlah modal yang sangat tinggi. Semakin rumit dan canggihnya aplikasi tersebut semakin tinggi modal yang diperlukan.
Oleh itu teknik crowd sourcing digunakan untuk mengumpul dana melalui pelancaran sesuatu projek. Maka modal atau dana projek pembangunan aplikasi ini dapat dilakukan.
Justeru, perlu diingatkan apa jua penciptaan kandungan, pembuatan prototaip, kemudian memuat naik aplikasi seterusnya penerimaan bayaran hasil usaha ini perlu diisytiharkan pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Malah mengambil peluang dalam urusan transaksi pembayaran dalam talian, maka wujud pula pelbagai medium pembayaran secara dalam talian ditawarkan dengan caj-caj tertentu.
Perkhidmatan kewangan ini seperti kebanyakan organisasi diberikan oleh pihak bank atau syarikat kewangan seperti payment gateway, wang digital yang diwujudkan dan dialirkan, kredit kad dan debit kad.
Malah bagi menambah kesetiaan pembeli kepada perniagaan yang dijalankan, kad keahlian dan kad kesetian yang ditawarkan secara dalam talian yang memerlukan pengguna membayar yuran ke atasnya tidak terkecuali sebagai satu sumber pendapatan.
Usaha, kegiatan dan transaksi yang dinyatakan di atas merupakan satu bentuk ekonomi digital yang semakin giat tumbuh di Malaysia khasnya dan tentunya secara meluas di arena global.
Layanan cukai terhadap perniagaan ekonomi digital ini adalah sama seperti perniagaan lain di mana pendapatan daripada operasi perniagaan yang dijalankan di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top