.... Guan Eng Seorang Pengecut | AAKJ





Berikut adalah trend menarik yang ditunjukkan di MalaysiaKini, benteng sokongan Pakatan.

Artikel di mana Lim Guan Eng mempertahankan dirinya mengenai saga Terowong Pulau Pinang adalah kurang popular daripada artikel mengenai soalan-soalan berkaitan Terowong Pulau Pinang itu sendiri.

Sebagai contoh, semasa Wee Ka Siong mencabar Guan Eng untuk berbahas, artikel Mkini mendapat 749 perkongsian dan apabila Guan Eng menolak untuk berbahas, ia mempunyai 391 perkongsian.

Dan kemudian apabila Ka Siong berkata Guan Eng adalah seorang pengecut dan tidak perlu begitu banyak alasan daripada Guan Eng untuk tidak berbahas, ia menerima 873 perkongsian.

Walau bagaimanapun, jawapan Guan Eng mengakui bahawa beliau adalah seorang pengecut menerima 984 perkongsian yang mana adalah lebih tinggi.

Apabila Eric See-To memberitahu Guan Eng jangan langsi kerana beliau bukan nombor satu, artikel ini mempunyai 721 perkongsian tetapi apabila Guan Eng berkata beliau masih nombor satu dan bahawa Eric adalah penipu dan suka menyaman, artikel itu hanya mendapat 184 perkongsian.

Jawapan Eric bahawa beliau hanya pernah menyaman seorang sahaja sebelum ini iaitu Guan Eng, jawapannya mendapat 564 perkongsian.

Lebih terkini ialah apabila Eric mempersoalkan Guan Eng mengenai gambarnya dengan lelaki bernilai RM19 juta itu, artikel itu mendapat 816 perkongsian.

Artikel dengan respons daripada Guan Eng yang mengatakan bahawa satu gambar tidak membuktikan apa-apa dan di mana beliau mengancam untuk menyaman media hanya menerima 313 perkongsian.

Walau bagaimanapun, jawapan Eric meminta Guan Eng jangan ‘overreact’ dan menegaskan bahawa gambar Guan Eng itu adalah di rumah lelaki RM19 juta itu, ia menerima 517 perkongsian.

Kekurangan minat dalam jawapan Guan Eng ini juga dicerminkan dalam bilangan tontonan video di FB.

Video terakhir Guan Eng di mana beliau berkata Wee Ka Siong berbohong dalam tuduhannya ke atas Terowong Pulau Pinang hanya menerima 4,300 tontonan.
https://www.facebook.com/cmlimguaneng/videos/1964441210252637/

Walau bagaimanapun, video terakhir Ka Siong yang bertanyakan soalan mengenai Terowong Pulau Pinang menerima 45,000 tontonan.
https://www.facebook.com/weekasiong/videos/10156122870997270/

Sementara yang sebelum itu mendapat 20,000 tontonan.
https://www.facebook.com/weekasiong/videos/10156117096692270/

Dan juga 48,000 tontonan.
https://www.facebook.com/weekasiong/posts/10156083250717270

Walaupun media sosial dan portal berita - termasuklah Mkini – bukanlah ukuran populariti Guan Eng, adakah ini menunjukkan bahawa Skandal Terowong Pulau Pinang yang semakin besar itu memberi kesan besar kepada kepercayaan rakyat terhadap Guan Eng dan popularitinya?

Mungkinkah orang ramai kini semakin bosan dengan pengecut nombor satu yang beliau akuinya sendiri yang bongkak itu?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top