.... Guan Eng Sedia Jumpa Azeez Rahim Di Mahkamah | AAKJ





Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia melawan saman Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan tidak akan menarik balik dakwaan berhubung kononnya beliau menerima bayaran RM3 juta daripada syarikat pemaju terowong dasar laut, Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith).


Memetik laporan Malaysiakini, Guan Eng juga tidak akan memohon maaf kepada Abdul Azeez dan sedia berdepan dengan tindakan saman tersebut.


Walau bagaimanapun, Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau belum menerima surat tersebut memandang beliau kini berada di Kuala Lumpur kerana mengikuti sidang Dewan Rakyat yang bermula semalam.

Terdahulu, Abdul Azeez ketika ditemui di Parlimen hari ini memberikan tempoh empat hari kepada Guan Eng untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka berhubung fitnah yang dinyatakan dan akan mengambil tindakan mahkamah jika Guan Eng enggan bagi membersihkan namanya.

Malaysiakini melaporkan lagi, isu itu kononnya mula dibangkitkan Guan Eng selepas Zenith menghantar surat tuntutan kepada Abdul Azeez kerana didakwa gagal memberi khidmat rundingan untuk “memastikan kepentingan konsortium” dalam projek itu.

“Namun demikian, Abdul Azeez menafikan dakwaan itu dengan membuat laporan polis kerana Zenith sebenarnya telah menarik balik surat tuntutan itu,” lapor portal tersebut.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top