.... GATE menjadi medium kelirukan rakyat? | AAKJ





Semalam dalam group Facebook yang menggunakan nama Gabungan Anak Terengganu melalui akaun kepunyaan milik Molly Monika (penari Suktra Terengganu) telah memuat naik satu status berkenaan keluarga yang susah di Dungun dengan dakwaan bahawa ketua keluarga, bapanya telah ditangkap kerana mencuri susu pekat di pasar raya Nirwana.
Status Molly Monika begitu mengelirukan kerana tiada bukti disertakan bersama dengan dakwaan beliau malah dalam status yang dimuat naik oleh beliau, terdapat beberapa komen berhubung isu tersebut namun pemilik akaun Molly Monika tidak memberikan jawapan yang sepatutnya dan pihak ‘admin’ Gate dilihat membiarkan sahaja persepsi buruk itu berlaku.
Sebagai admin group Facebook sepatutnya menyiarkan berita-berita yang sahih sahaja dan bukannya mencari popularity murahan.
Molly Monika juga seolah-olah laparkan perhatian daripada netizen dan seharusnya menyiasat terlebih dahulu sebelum memviralkan sesuatu perkara.


Cerita Sebenarnya
Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian pengerusi J3K , AJK telah menziarahi rumah tersebut dan telah menyampaikan bantuan keperluan kepada mereka.
Walaupun Molly Monika mengatakan status bertujuan mengatakan perkara sebenarnya tetapi MM gagal untuk menceritakan kebenaran yang lebih besar daripada itu iaitu bantuan segera kerajaan negeri melalui J3K.
Memalukan apabila didapati rumah keluarga Mohd Sharuhisan Jusoh berada berhampiran dengan rumah YB Pas Rantau Abang.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top