.... BN Indera Mahkota Anjur Karnival Anak Muda | AAKJ






Pemuda Barisan Nasional (BN) Indera Mahkota buat julung kalinya akan menganjurkan Karnival Anak Muda Indera Mahkota 2018 pada 18 Mac ini di Pantai Batu Hitam di sini.


Ketua Pemuda BN Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata, karnival itu bertujuan mendekati dan merapatkan hubungan anak muda di kawasan Indera Mahkota.


“Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang karnival yang bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang itu.

“Antara acara diadakan ialah temuduga terbuka kerja ‘Indera Mahkota Job Opportunity’, pertandingan perlumbaan motosikal paling perlahan dan pertandingan motosikal cantik,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, karnival sehari itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang mana hadiah keseluruhannya berjumlah kira-kira RM70,000.

“Antara hadiah yang bakal menanti anak muda adalah sebuah kereta Perodua Axia sebagai hadiah utamanya, motosikal dan basikal.

“Hadiah lain adalah pakej percutian ke luar negara, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektrik,” ujarnya.

Beliau sehubungan itu mengajak anak muda di Parlimen Indera Mahkota supaya ramai-ramai menyertai karnival tersebut.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top