.... Azmin Ali Dan Lim Guan Eng Maskot Kegagalan Pakatan Harapan | AAKJ






Dulu pembangkang pakai maskot burung Ubah semasa PRU13, kali ini pembangkang tidak perlu susah susah pakai burung Ubah lagi, Azmin Ali dan Guan Eng boleh jadi maskot Pakatan Harapan untuk PRU14.

Pembangkang sibuk mahu memerintah negara namun jika dilihat kepada isu dan skandal yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, layakkah mereka memerintah? Jawapannya adalah tidak sama sekali.

Dan mungkin itu sebabnya sudah terdengar khabar angin bahawa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya amat risau dan pening memikirkan tahap kepimpinan Kerajaan negeri PKR di Selangor dan kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang.

Bagaimanapun masalah yang menyelubungi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sengaja tidak ditunjukkan oleh pemimpin PH kerana mereka sepakat untuk menggunakan jentera parti mengalihkan isu di dua negeri tersebut dengan mengitar isu lama seperti 1MDB.

Selain itu kepimpinan PH juga memutuskan supaya skandal Guan Eng dan Azmin tidak dijawab dan jika boleh mereka mahu buat `bodoh' sahaja. Itulah khabar angin yang bertiup mengenai PH yang dipengerusikan oleh Mahathir Mohamad.

Dua pemimpin PH di Selangor dan Pulau Pinang itu sudah mencemarkan nama baik PH dengan skandal masing masing yang sudah bertahap mega. Mereka berdua ini adalah maskot kegagalan Pakatan Harapan.

Lim Guan Eng dengan skandal terowongnya yang penuh dengan putar belit dari segi penukaran syarikat SPV serta status syarikat itu sendiri dengan modal berbayar yang tidak munasabah.

Selain itu wang rakyat sejumlah RM300 juta hilang entah kemana walaupun kononnya ia digunakan untuk laporan kajian terowong.

Bukan itu sahaja, Guan Eng kini diulit dengan kontroversi baru di mana gambar-gambar beliau bersama individu yang disiasat oleh SPRM atas dakwaan rasuah dalam kes terowong, telah tersebar dan hingga kini tiada jawapan daripada Guan Eng mengenai hubungan mereka.

Di negeri Selangor pula, kini panas dengan kes tanah Ijok dan skandal air.

Azmin Ali berdolak dalih dalam memberikan jawapan berkenaan isu tanah Ijok terutama sekali berkenaan kelulusan segera tanah itu kepada pemaju setelah bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mengambilnya dari pemaju.

Belum pun habis menjawab isu tanah dan kemana hilang baki RM500 juta, Azmin dibebani pula dengan masalah air yang membabitkan ratusan ribu penduduk negeri Selangor.

Masalah Azmin adalah terlalu kuat berpolitik sehingga tidak dapat membezakan keperluan rakyat dengan keperluan poltik. Air adalah keperluan asas rakyat, tidak kira parti apa pun yang mereka sokong.

Ketika mula menjadi Menteri Besar pun Azmin sudah diberi ingatan mengenai empangan Langat, tetapi beliau hingga kini masih belum mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Paling malang buat rakyat Selangor apabila Azmin tidak dapat membezakan limpahan air di empangan dengan jumlah air terawat. Sebanyak mana air di empangan pun tidak akan berguna jika ketiadaan air yang sudah dirawat.

Tetapi, kalau hal perumahan mewah serta hal tanah, laju sahaja Azmin bergerak. Belum masuk lagi cerita awek nasi lemak anak dara yang disaman oleh pihak berkuasa tempatan pada tahun lepas. Cepat sahaja sokongan diberikan kepada awek terbabit hingga sanggup turun padang melihatnya.

Jelas, skandal tahap mega yang dihadapi oleh dua kerajaan tadbiran Pakatan Harapan ini menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan sendiri untuk menghadapi rakyat.

Sogokan kisah persepsi 1MDB serta terbaru kisah kapal selam yang sudah basi cuba dibawa kembali. Ia tidak akan berguna kerana isu tanah, air serta terowong juga yang akan disoalkan oleh rakyat kelak.

PH hanya memerintah di peringkat negeri dan mendapat akses kepada kewangan terhad. Itupun sudah menyeleweng dan gagal mengurus dengan baik. Belum lagi di tahap pusat dan mendapat akses kepada ratusan billion ringgit.

Kini nyata sekali, PH akan meningkatkan serangan menjelang pilihan raya umum ke-14 dengan menggunakan isu 1MDB dan GST dalam usaha untuk `mengenakan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malangnya dalam cubaan mengenakan Najib, mereka pula yang terkena disebabkan perbuatan Azmin dan Guan Eng.

Kini kerja mencuci `najis' yang dibawa oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan PH itu sedang giat dilakukan. Nyata sekali Guan Eng dan Azmin Ali adalah liabiliti kepada PH.

Mereka rampas tanah, roboh rumah sehingga dalam kawasan masjid, roboh gerai, naikkan cukai tanah, pintu dan katil. Selain itu mereka tidak mansuhkan tol serta mereka kenakan 20 sen untuk plastik. Inilah petunjuk kepada Pakatan Harapan jika mereka memerintah. Maka tolaklah mereka ini.

Nampak logo DAP, ingat kegagalan Guan Eng. Pandang logo PKR, ingat kegagalan Azmin. Mereka berdua ini maskot kegagalan Pakatan Harapan. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top