.... Apa Guna Ahli Parlimen Jika Guna Demo Jalanan | AAKJ





Esok, Bersih mengajak orang ramai ke Parlimen untuk menyuarakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula pilihan raya yang dijadual dibentangkan pada Rabu. Kumpulan pendesak itu mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dengan mengadakan demo jalanan ini, apa gunanya Ahli Parlimen pembangkang yang ada di Dewan Rakyat? Sepatutnya biarkan mereka bersidang dan sudah pasti mereka akan membantah, jadi kenapa perlu Bersih masuk campur dan menyuarakan suara sumbang mereka?

Tindakan Bersih ini yang mengajak rakyat turun ke Parlimen esok merupakan satu tindakan provokasi sedangkan Parlimen adalah lambang demokrasi sesebuah negara.

Dengan mengadakan demo jalanan ini, ia juga merupakan sesuatu yang amat malang kerana mereka tidak menghormati Parlimen. Sepatutnya Bersih kini sudah pun dibubarkan sebaik sahaja bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Malah dengan menggunakan logo PKR, ia membuktikan betapa Bersih tidak telus dan berat sebelah serta cenderung kepada pembangkang. Bersih yang tidak bersih.

Apabila Maria mahu bertanding PRU maka ia menunjukkan beliau mengakui sistem pilihan raya di negara ini sudah bersih, jadi apa guna lagi perjuangan Bersih selepas ini?

Entah kenapa Bersih bimbang dengan isu persempadanan semula ini? Adakah tangan-tangan ghaib yang mengatur bantahan ini sedangkan persempadanan semula bukan perkara baru.

Ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, perkara sama juga telah dilakukan iaitu pada 1984, 1994 dan 2003.

Banyak sebab kenapa persempadanan semula terpaksa diadakan memandangkan demografi penduduk kini sudah berubah, malah infrastruktur juga semakin berubah dan semua faktor ini memberi kesan kepada perjalanan pilihan raya.

Ketika PRU, pengundi yang akan menjadi penentu bukannya persempadanan semula. Pengundi mempunyai kuasa mutlak untuk menentu siapa yang akan mereka pilih sebagai pengundi dan mereka yang akan menilai tahap prestasi parti yang bertanding, jadi kenapa pembangkang dan Bersih takut sangat dengan persempadanan semula.

Takut sangat Nurul Izzah sampai lari dari Lembah Pantai ke Pandan. Begitu juga dengan wakil rakyat DAP yang lain yang mahu lompat kawasan. Bukan salah persempadanan semula, tetapi mereka lari kerana tidak buat kerja di kawasan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah pernah menyatakan bahawa persempadanan semula hanya bertujuan menentukan kawasan pentadbiran pilihan raya dan memastikan kemudahan kepada pengundi serta wakil rakyat bukannya untuk memastikan kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak parti politik.

Jika dakwaan kononnya SPR menyebelahi parti BN dan boleh menentukan kemenangan parti itu sudah pasti keputusan sebagaimana PRU-12 dan PRU-13 tidak berlaku di mana Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah tidak jatuh ke tangan pihak parti lain.

Hakikatnya, hanya pihak yang berkepentingan tertentu sahaja akan membantah, mungkin bimbang kononnya ia akan menjejaskan kepentingan pengundi. Mereka ini sebenarnya bimbang kepentingan politik masing-masing, bukannya pengundi pun.

Cukup-cukuplah Bersih. Perjuangan anda sudah tidak laku. Rakyat tahu Bersih lebih cenderung dan berpaksi kepada pembangkang. Rakyat tidak boleh untuk melihat bagaimana persempadanan semula ini dimanupulasikan dan dipolitikkan.

Buang masa sahaja undi wakil rakyat pembangkang masuk parlimen, akhirnya mereka guna pendemo jalanan juga untuk bawa sesuatu isu. Jadi baik jadi pendemo jalanan sahaja daripada jadi ahli parlimen. Undi beri pada BN. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top