.... 1MDB Tidak Hilang Duit, Kabinet Switzerland Tolak Usul Mengarut | AAKJ





Dengan merujuk kepada surat-surat yang dihantar oleh YB Lim Kit Siang dan YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada anggota Majlis Persekutuan Switzerland (Perhimpunan Persekutuan), berhubung dengan usul yang akan dibahaskan di Majlis Kebangsaan (iaitu Dewan Rakyat) Perhimpunan Persekutuan.

Sudah tentu ia adalah hak Majlis Kebangsaan Switzerland untuk membahaskan mana-mana usul yang dibangkitkan dan untuk membuat apa-apa keputusan yang difikirkan sesuai oleh anggotanya.

Pada 16 Jun 2017, ahli parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga, mengemukakan usul 17.3547, yang bertajuk ‘Repatriation of Corruption Funds to the Robbed Populations’ (Pemulangan Dana Rasuah kepada Orang yang Dicuri). Usul ini dinyatakan secara umum, dan memetik banyak syarikat dan negara. Ia bukanlah satu usul yang diitujukan khusus pada 1MDB atau Malaysia. Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland (bersamaan dengan Kabinet), mengeluarkan analisis terperinci usul itu dan Kabinet Switzerland mencadangkan untuk menolak usul itu.

Antara lain, sejumlah CHF104 juta (lebih kurang RM430 juta) kini dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland. Ini sebenarnya mewakili jumlah yang diperintahkan sebagai penyerahan keuntungan, oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA), terhadap bank-bank tertentu, kerana dakwaan melanggar undang-undang Switzerland. Oleh itu, CHF104 juta adalah hasil denda oleh FINMA, pada bank-bank tertentu.

Menurut Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer, bank-bank yang berkaitan telah membantah tindakan FINMA itu dan membuat rayuan terhadap tindakan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan. Oleh itu, CHF104 juta itu dituntut oleh bank yang berkaitan. Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau Kerajaan Malaysia kerana wang itu bukanlah milik 1MDB.

FINMA sendiri menyatakan bahawa hanya mereka yang "terkesan secara langsung" oleh tindakan yang didakwa oleh perantara kewangan di Switzerland itu yang dapat menuntut sebahagian daripada denda itu dan itu juga hanyalah melalui proses undang-undang.

1MDB sebelum ini menyatakan dan mengulangi bahawa ia tidak kehilangan sebarang wang dan semua wangnya ada.

Kenyataan Media 1MDB Mengenai Usul Switzerland

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top