.... Video Bas Amphibia Ke Terengganu Bahagian 2 | AAKJ



Bas sudah sampai!!

Akhirnya bas Amphibia atau bas dua alam sudah sampai dan kini diberitakan berada di Pelabuhan Klang.

Bas yang menjadi modal politik pihak pembangkang ini perlu melalui beberapa proses seperti proses pihak kastam dan JPJ sebelum dibawa pulang ke Terengganu dan bakal di tempatkan di Taman Tamaddun Islam Terengganu.

Menurut pihak Jabatan kerja raya (JKR) Terengganu, bas amphibia perlu diperiksa dengan teliti supaya ianya seperti yang dijanjikan oleh pembekal dan keselamatan pengguna diutamakan.

Ketua penolong pengarah (Pembangunan) Jabatan Pelancongan negeri Terengganu, Khairul Azlan Mohd Yusof berkata, dalam masa terdekat, pihaknya akan membawa pulang bas ini ke Terengganu dan akan singgah beberapa ‘hotspot’ di daerah yang bakal ditentukan oleh jabatannya kelak.

“Ianya akan bermula dari daerah Kemaman sehingga ke Besut dan akhirnya bas tersebut akan dibawa untuk dipamerkan bagi tontonan umum di Ekspo Terengganu 2018 bermula pada 25 Februari sehingga 3 Mac ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Terengganu.News.



Pastinya rakyat Terengganu sedang menantikan kemunculan bas unik ini yang akan dijadikan daya penarik dalam sektor pelancongan negeri.

Kenderaan buatan kilang di Malta ini boleh memuatkan seramai 45 penumpang dan dua pemandu dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air, manakala di atas jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam.

Negeri Terengganu merupakan negeri pertama menggunakan bas dua alam itu.

Ketika ini pihak kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk majlis penyerahan Bas Amphibia itu dan satu sidang media akan diadakan sebaik bas itu tiba di Terengganu dalam masa terdekat.

Bahagian ke 3 ikuti ‘Flag Off’ perjalanan bas amphibia dari Pelabuhan Klang ke Kuala Nerus Terengganu, kami akan membawa “secara live”di Portal ini.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top