.... RM1 Bilion, Kit Siang Setuju Mahathir Jadi 'Top Dog'? | AAKJ



Manusia tidak boleh lari dari 3 perkara utama yang menyebabkan mereka samada jadi baik atau jadi jahat.

Pertama manusia akan diuji dengan wanita, kedua harta dan ketiga takhta. Samada diuji kesemua atau di antara 3 perkara tersebut. Allah sebut dalam alquran tentang ujian tersebut kepada manusia.

Sepanjang 20 tahun lebih Lim Kit Siang menyerang Mahathir. Siang dan malam dan hampir di setiap ceramah samada ceramah DAP dalam bahasa cina atau pun di dalam ceramah politik gabungan pembangkang di dalam bahasa Malaysia yang Lim Kit Siang hingga ke hari ini gagal fasih.

Sepanjang masa itulah Kit Siang membawa isu tentang betapa buruk dan jahatnya Mahathir malah adakalanya Kit Siang berteriak sawan umpama tidak sabar untuk hancurkan Mahathir dan anak pinak Mahathir - mungkin perkara pertama yang Kit Siang akan buat kalau mereka menang PRU ketika itu adalah memenjarakan Mahathir di atas segala pertuduhan yang beliau lontarkan termasuk di dalam lidah akhbar milik DAP.

Namun ayat politik yang 'cliche' adalah - dalam politik tidak selamanya bermusuh kerana satu hari nanti mungkin jadi kawan dan kawan pun sama, mungkin satu hari nanti akan jadi musuh ketat. Tetapi bagi Kit Siang, dia hanya gunakan ayat 'cliche' untuk menutup apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dan Mahathir, tiba-tiba boleh romen mulut.

Adakah Kit Siang ditawarkan oleh Mahathir seorang wanita maka Kit Siang membuat keputusan meletakkan Mahathir sebagai 'Anjing Atas' untuk melawan Barisan Nasional yang dipimpin oleh PM Najib?

Bagaimana dengan takhta? Adalah mustahil Kit Siang ditawarkan takhta oleh Mahathir kerana Mahathir yang nampak gilakan jawatan tersebut. Tetapi masuk akal juga kalau Kit Siang 'demand' jawatan Timbalam Perdana Menteri atau/ dan Menteri Kewangan dan juga kesemua menteri kanan adalah untuk DAP.

Harta? Bagaimana kalau Kit Siang meletakkan satu harga kepada Mahathir? Mungkin harga 'tanggung keseluruhan perbelanjaan PRU14' dan termasuk duit poket Kit Siang dan dana khas untuk DAP?

Anda fikir semudah itu Kit Siang bersetuju Mahathir mengepalai pilihanraya ke 14?




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top