.... Rayu Sumbang Dana PRU, Mahathir Sedang Menipu Rakyat | AAKJ



Masuk akalkah kalau sekarang baru Mahathir mula menagih simpati dengan ahlinya dan juga rakyat Malaysia bahawa mereka perlukan duit untuk bertanding di PRU ke 14 nanti?

Jangan mudah terperangkap dengan liciknya Mahathir. Dulu selama 22 tahun rakyat tidak mampu untuk buka mulut lebih-lebih untuk melawan Mahathir kerana silap percaturan dan haribulan maka makan nasi percuma di kem Kamunting - I.S.A.


Selama kempen ke sana ke sini dengan jet mewah dan kereta super mewah menjalar antara Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz ketika mula-mula parti anak pinak ditubuhkan, tidak keluar pula di mulut mereka menagih simpati dengan rakyat betapa mereka perlukan duit yang banyak untuk hancurkan UMNO dan BN.

Kini mereka merayu supaya dibantu dan bantuan yang mereka perlukan bukan sedikit - mungkin lebih dari RM1 bilion. 

Kenapa Mahathir perlukan dana yang begitu banyak dan baru sekarang beliau dan kuncunya baru membuka mulut?

Pertama, mungkin untuk nampakkan betapa mereka tiada duit sebanyak itu dan tuduhan yang selama ini dilemparkan kepada Mahathir dan anak- anaknya termasuk kepada Muhyiddin adalah tidak benar, mereka selama ini hanya individu yang biasa-biasa sahaja dan bukannya super mewah dan tersenarai antara individu terkaya di dunia.

Kedua, mungkin 'jadual' perancangan Mahathir sudah memasuki fasa akhir dan untuk kaburi mata rakyat maka Mahathir perlu nampakkan mereka tidak mempunyai duit untuk hapuskan UMNO dan BN. Di waktu yang sama Mahathir sudah pun menyusun dengan anak pinak dan kroninya 'kemasukan' wang ke dalam tabung PRU14 mereka.
 Undang-undang Malaysia masih membenarkan dana pilihanraya tanpa perlu dedahkan dari mana datangnya duit tersebut dan siapa penyumbangnya. Inilah mungkin antara perancangan Mahathir. Rakyat tidak akan tanya berapa jumlah kutipan dan Mahathir juga tidak akan dedahkan jumlah kutipan dana yang bermula beberapa hari ini.
 Anda sudah boleh nampak kenapa Mahathir lancarkan tabung PRU mereka? Bukan untuk menagih simpati rakyat sebenarnya tetapi untuk mengabui mata rakyat bahawa bermula saat pelancaran tabung tersebutlah duit dari kroni sudah mula masuk ke akaun yang di paparkan secara beransur-ansur dan jumlahnya bukannya sedikit. Mungkin sehingga tahap yang dibenarkan sahaja dan duit tunai pula akan mula merangkak ke arah Mahathir?

Ketiga, mungkin Mahathir bukan sahaja terpaksa membiayai parti milik anak pinak beliau namun terpaksa atau wajib membiayai kesemua calon yang pembangkang yang bertanding atas tiket 'pakatan Mahathir-Kit Siang'. Bukan sikit jumlahnya bukan?

Perlu diingat, apabila Mahathir gerakkan tangan kanan maka anda perlu perhatikan dengan penuh perhatian pergerakan tangan kirinya!

Bersambung - RM100bilion masih ada di luar atas nama akaun kroni, Mahathir mati maka kroni bertepuk gembira?

cucu-cucu Mahathir sedang bermewah di atas bot super mewah

Atau mungkin ini cara Mahathir menghantar isyarat kepada kroni-kroninya untuk masukkan duit sebanyak mungkin ke dalam akaun ini.

Anak cucu Mahathir sedang bercuti di hotel mewah Dubai








Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top