.... Peranan Aktivis Media Sosial BN Diiktiraf Perdana Menteri #mykmu | AAKJ




Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap semasa Program Himpunan Aktivis Media Sosial Bersama Perdana Menteri anjuran MyKmu.net dan Gagasan Kreatif Malaysia, yang bertempat di PWTC semalam, DS Najib mahu aktivis media sosial melihat diri sendiri sebagai pejuang nasionalis dalam perjuangan di medan perang yang baru.
Memetik sumber, lebih 1000 aktivis media sosial pro kerajaan BN dikatakan bersorak apabila Perdana Menteri mengiktiraf peranan mereka didalam membantu kerajaan serta mempertahankan maruah parti dari fitnah pembangkang.
Beliau yakin dengan usaha dan juga tindakan yang dilakukan oleh aktivis media sosial pro kerajaan didalam membantu BN memenangi pilihanraya akan datang.
Menurut Perdana Menteri, peranan yang diambil oleh para aktivis perang Maya BN ini sangat dikagumi khususnya didalam menyerang musuh-musuh maya seperti Red Bean Army DAP.
Turut hadir didalam Majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan Dato’ Mahdzir bin Khalid dan juga beberapa lagi pemimpin kanan UMNO.
Presiden MyKmu.net, Datuk Johari Ishak pula dikatakan menggamatkan suasana apabila mencadangkan nama Datuk Akmar Hisham Mokhles untuk dipertimbangkan sebagai calon Ahli Parlimen pada pilihanraya umum ke 14 nanti.
Menurut beliau, Datuk Akmar bukan sahaja layak untuk berkhidmat kepada rakyat melalui rekod bersih serta cemerlang beliau sepanjang menjaga aktivis media sosial selama 10 tahun, tetapi Datuk Akmar juga diharapkan agar menjadi wakil aktivis media sosial pertama yang mempunyai jawatan didalam Parlimen kerajaan BN.
Cadangan Datuk Johari mendapat tepukan gemuruh disamping laungan ‘Hidup Datuk Akmar’ oleh seluruh aktivis yang hadir di program terbabit.
Tambahan lagi, beliau kini disebut-sebut sebagai calon yang paling layak untuk bertanding dikawasan kelahirannya itu pada pilihanraya umum akan datang.
Untuk makluman, Datuk Akmar Hisham Mokhles yang lebih mesra dengan panggilan Datuk Mok juga diketahui bahawa sangat disenangi oleh masyarakat setempat disekitar pekan Parit, Perak.



/

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top