.... Nurul Izzah Mabuk? | AAKJ



Saya tidak percaya apa yang saya baca apabila Nurul Izzah Anwar berkata, “Tun Dr Mahathir tahun 2018 bukan Tun Dr Mahathir ketika tahun 1998.” Sudah tentu, Mahathir pada tahun 2018 bukanlah Mahathir yang sama tahun 1998. Pada tahun 1998 Mahathir penuh keyakinan dan mempunyai seluruh jentera kerajaan yang dipergunakannya. Hari ini, Mahathir terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk kekal relevan dan melindungi dinasti politik dan empayar perniagaan keluarga.

Sekiranya saya tidak tahu hujung pangkal, saya akan mengesyaki bahawa Mahathir telah membeli Nurul Izzah dengan dedak. Lagipun, bukankah Mahathir yang mengatakan wang tunai adalah raja? Mahathir percaya semua orang boleh dibeli dan wang itu boleh menyelesaikan semua masalah. Dan ‘posting’terbaru Nurul Izzah memberikan gambaran bahawa dia sama ada beliau sangat bodoh atau dia telah dibayar untuk mengatakan apa yang dia katakan.

Nurul Izzah berkata Mahathir telah berubah dan bahawa Mahathir yang datang kepada Pakatan Harapan dan bukan Pakatan Harapan yang pergi kepada Mahathir. Ini adalah alasan paling dangkal yang pernah saya dengar dalam hidup saya dan bahkan budak umur sepuluh tahun akan mendapati bahawa alasan itu tidak logik. Kebanyakan orang tidak percaya Mahathir telah berubah. Malah, mereka percaya Pakatan Harapan telah berubah dan telah turun ke tahap ‘menjilat’ semata-mata untuk mendapatkan kuasa, bahkan bekerja dengan Mahathir jika perlu.

Malaysia Today




PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal What Is Nurul Izzah Smoking? Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top