.... Mahathir Mahu Dirinya Diseret Ke Penjara? | AAKJ



Strategi tagih simpati anadalah antara yang berkesan untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada seseorang. Akhirnya mereka akan undi bersifat belas kasihan dan bukannya undi berasaskan matlamat yang jelas untuk kebaikan rakyat.

Biasanya strategi menarik simpati ini dilakukan apabila mereka mula mengesan bahawa rakyat tidak akan memilih mereka berdasarkan merit atau rekod sebelum ini. Inilah yang terjadi kepada Mahathir yang pernah berkuasa di negara ini selama lebih 20 tahun.

Selama 20 tahun lebih Mahathir menyerang DAP dan PAS dengan pelbagai kenyataan dan akhirnya Mahathir tersungkur di kaki Lim Kit Siang. Malah paling jelik dan hina, Mahathir heret kesemua anak pinak termasuk isterinya untuk turut bersama tersungkur di kaki Lim Kit Siang.

Ketika ini hanya Lim Kit Siang dilihat oleh Mahathir sebagai individu yang boleh menyelamatkan dinasti kuasa politiknya dan yang paling penting adalah Lim Kit Siang adalah individu yang mampu membantunya "membawa pulang sesuatu" dari luar negara.

Kalau setakat ingin jadikan Mukhriz atau mana-mana anaknya sebagai antara pemimpin negara, Mahathir dan Siti Hasmah sudah boleh berpuashati dengan Mukhriz yang dijadikan Menteri Besar Kedah oleh PM Najib.

Malah sebelum itu, Mukhriz telah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Anda boleh fikir apa sebenarnya yang menjadi igauan buruk Mahathir sekiranya sesuatu yang bernilai ratusan bilion masih tersangkut di luar negara dan hanya kuasa Perdana Menteri sahaja yang boleh menyelesaikan masalah tersebut?

Tunggu drama tagih simpati yang bakal dipersembahkan oleh Mahathir pada siri ke 6 demostrasi berlabel kononnya Bersih nanti.

Kali ini Lim Kit Siang selaku ketua pakatan pembangkang ingin melihat sejauh mana Mahathir sanggup berhabis duit demi menjayakan demo tagih simpati tersebut.

Anak-anak Mahathir adalah antara individu yang terkaya di dunia, kalau setakat campak RM2 bilion untuk PRU dan demostrasi tagih simpati ini apalah sangat. Umpama serdak kuih raya.

Langkah 1, Siti Hasmah dipaparkan teraniaya kononnya disoalsiasat polis walaupun itu hanyalah tugas polis datang 'menyembah' ambil kenyataan di pejabat Mahathir mengikut masa yang Siti Hasmah rasa selesa. Gagal tarik simpati yang sepatutya.

Langkah 2, Mahathir akan turun berdemo kononnya membela rakyat yang sedang dizalimi kerana di zaman beliau rakyat hidup senang lenang?

Inilah langkah akhir Mahathir, dia sengaja berdemo tanpa izin pihak berkuasa supaya rakyat lihat bekas perdana menteri sedang dianiaya dan dizalimi!

sedang tersebar di laman sosial

Malaysia Baru dengan kroni lama dan anak pinak yang sama!
22 tahun kita bagi amanah, yang kaya adalah anak-anaknya, kesemua anak-anaknya dan kroninya. Yang miskin papa kedana adalah rakyat!!

Langkah akhir Mahathir sebelum beliau sendiri bertanding di PRU14



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top