.... Mahathir Boleh Jadi PM Sehingga Umur 100 Tahun - Anak Pakar Jantung | AAKJ



Menurut portal totok pakatan yang baghal, suarapakatanharapan.com:

Salah seorang anak kepada pakar jantung terkemuka negara yang dikenali sebagai Dr. Yahya mengesahkan bahawa, beliau mendengar bapanya pernah berkata yang Tun Mahathir mempunyai jantung dan tenaga seperti orang muda.

Tidak mustahil Tun masih boleh memberi khidmatnya kepada rakyat Malaysia, bukan sahaja lagi 2 tahun seperti yang diharapkan beliau, bahkan lebih lama lagi sehingga berusia 100 tahun.

Dr. Yahya dikatakan adalah pakar yang membuat pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Mahathir sebanyak 2 kali. Justeru, cakap anak beliau ini memang boleh dipercayai.

Justeru, rakyat tidak perlu bimbang dengan kesihatan Tun kerana beliau masih boleh lagi memberikan khidmatnya kepada rakyat. Untuk tempoh yang lebih lama lagi dari 2 tahun yang disebutkan beliau.

Seolah Tun sudah mendapat petunjuk dari Tuhan bahawa beliau mampu untuk terus hidup sepanjang tempoh itu. Begitulah hebatnya Tun Mahathir yang bakal menjadi Perdana Menteri semula ini.

AAKJ: Barua!



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top