.... Kerajaan Pas cuai disaman RM1b | AAKJ



Cerita lama tetapi ianya satu kebenaran. Pas Terengganu sekarang galak menyerang Kerajaan BN pimpinan MB Razif di dalam isu Taman Ilmu Tembila.

Individu yang menceroboh diberitakan adalah Ketua Unit UPU PAS Bandar Jertih dan masih bebas berceramah dengan fakta yang amat mengelirukan.

Beliau hanya fokus kepada kenapa tahi lembu bersepah di kawasan stadium yang telah siap sepenuhnya tetapi menyembunyikan hakikat bahawa Masjid Taman Ilmu telah digunakan sejak awal lagi dan beberapa blok kediaman pelajar mula digunakan.

Kenapa PAS Terengganu nampak ghairah dengan isu Taman Ilmu yang bakal sempurna penggunaannya dalam tempoh tidak sampai 3 tahun akan datang.

Kenapa PAS Terengganu tidak berani bercerita bagaimana usaha Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan MB Razif bukan mencuba tetapi merealisasikan projek berkepentingan rakyat ini.

Wakil Rakyat PAS Terengganu telah diberi penjelasan rasmi secara bertulis apa yang sedang dilakukan oleh MB Razif dan saf kepimpinan Terengganu sekarang. Fasik dan munafik kalau tidak berani berkata benar.

Kenapa PAS Terengganu takut untuk menjelaskan perbezaan maksud projek yang tidak siap, projek gagal secara total - projek yang ditinggalkan dan projek yang sedang dilaksanakan.

Yang terang- terang membazir dan dibayar oleh Kerajaan BN adalah berita yang di bawah ini:-


KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu).

Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Pengarah Riyapadu, Ally Azwin Datuk Abdul Hamid berkata, keputusan penghakiman berkenaan telah membuktikan ‘kezaliman’ yang dilakukan kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.

“Alhamdulillah Allah telah berikan keadilan pada hari ini, kami bersyukur,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Ally Azwin, berdasarkan penghakiman itu, pihaknya yakin berjaya memperoleh bayaran RM1 bilion seperti mana yang dituntut berhubung kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri ketika itu berkaitan konsesi pembalakan di Empangan Kedua Hulu Terengganu.

Ally Azwain berkata, mahkamah dalam keputusannya memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.

Katanya, mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun manakala baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak pula sebanyak RM166,432.86 yang dibayar kepada plaintif.

“Hakim juga putuskan plaintif berhak dapat bayaran keuntungan hasil kawasan balak seluas 1,200 ekar (486 hektar) yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan konsesi yang diserahkan kepada Riyapadu,” katanya.

Pada Disember 2007 lalu, Riyapadu memfailkan saman RM1 bilion terhadap kerajaan negeri berikutan tindakan menamatkan perjanjian konsesi balak dengan syarikat itu.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini selepas syarikat tersebut mendakwa perjanjian konsesi mengambil hasil hutan pada 2003 itu ditamatkan secara tidak sah.

Ia membabitkan perjanjian antara syarikat tersebut dengan kerajaan negeri untuk mengambil hasil hutan di kawasan kira-kira seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Mengulas lanjut, Ally Azwin berkata, keputusan mahkamah tersebut juga mendedahkan kecuaian kerajaan Pas Terengganu ketika itu yang bertindak menamatkan kontrak selain menarik balik lesen sesudah perjanjian dibuat.

“Kerajaan Pas ketika itu bukan saja mungkir janji malah telah melakukan pembohongan dan penyelewengan fakta terhadap sebuah syarikat bumiputera,’’ katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semasa diminta mengulas keputusan mahkamah itu berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan rayuan memandangkan mereka perlu bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm#ixzz57C7Yfly7 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top