.... Rupanya Mahathir Yang Tawar Diri Jadi PM Sementara | AAKJ



Selepas teruk dikritik pelbagai pihak termasuk penyokong tegarnya sendiri kerana kitar semula seorang individu berusia hampir 100 tahun sebagai calon, kali ini terbongkar cerita baharu.

Kisah pelik ini didedahkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Rakyat (PAN), Khalid Abdul Samad yang mendakwa kononnya tiada istilah Pakatan Harapan (PH) cuba mengambil kesempatan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah pemimpin veteran itu sendiri menawarkan dirinya dipergunakan bagi proses pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara atas kes liwat untuk aktif kembali dalam politik.

Menurut Anggota Parlimen Shah Alam itu, Mahathir, 92, menyatakan persetujuan dengan syarat tertentu; sekali gus menolak dakwaan gabungan tersebut mempergunakan aura tokoh pernah digelar mereka sebagai Maha Firaun.

“Dia (Mahathir) yang rela diri dia digunakan, malahan dia bersetuju untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu daripada PH jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) untuk membawa gerakan reformasi dan membebaskan Anwar.

“Macam mana boleh kata diri dia kita pula yang pergunakan?” soalnya kepada portal BNBBC.my bagi mengulas dakwaan banyak pihak yang menyatakan Mahathir dipergunakan PH untuk membebaskan Anwar daripada penjara.

Kelmarin dalam konvensyen PH, Mahathir yang juga Pengerusi PH rasmi dilantik sebagai calon Perdana Menteri sementara, manakala isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Ia secara tidak langsung bakal mencatatkan rekod dunia Guinness apabila negara bakal diterajui ketua kerajaan paling tua di dunia dan kemudian melakar sejarah suami isteri serentak menjadi perdana menteri dan timbalan.

Mengulas lanjut mengenai perkara pelik tersebut, Khalid berkata hanya dua nama sahaja yang dikemukakan dalam Majlis Presiden PH. Sebab itu tiada calon lain yang boleh diangkat untuk memegang dua jawatan tertinggi itu.

“Kita tahu sepatutnya nama Anwar yang diangkat menjadi Perdana Menteri, tapi dah tak boleh sebab dia baru keluar penjara kan,” katanya ringkas mengenai perkara itu. – Agensi/Mynewshub 


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top