.... Mukhriz Kekal Pemegang Saham Terbesar OPCOM | AAKJ



Mukhriz Mahathir, menjual 43,600 saham dan 605,000 saham dalam OPCOM Holdings Bhd, masing-masing pada 2 dan 3 Januari lalu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pengeluar kabel gentian optik itu memaklumkan bahawa selepas penjualan berkenaan, Mukhriz masih pemegang saham terbesar dengan memiliki 40.61 juta saham atau 25.18 peratus.

OPCOM ditutup setengah sen lebih tinggi kepada 37.50 sen pada penutup dagangan hari ini.

Muhkriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah pengasas syarikat yang ditubuhkan pada November 1994 dan pernah menjadi pengerusi sehingga 5 Ogos 2009.

Mukhriz dilantik Menteri Besar Kedah dari 6 Mei 2013 hingga 3 Februari 2016. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari 2008 hingga 2013.

Mengikut Bloomberg, antara pemegang saham terbesar lain dalam OPCOM adalah Rezeki Tegas Sdn Bhd sebanyak 31.29 juta atau 19.41 peratus dan M Ocean Capital Sdn Bhd sebanyak 23.5 juta atau 14.57 peratus.

Dalam data Bursa Malaysia pula, isteri beliau, Toh Puan Norzieta Zakaria memiliki pegangan dalam M Ocean Capital sebanyak 14.57 peratus.

Pada 2003, OPCOM Holdings juga dilaporkan menerima kontrak membekalkan kabel gentian optik kepada Telekom Malaysia Bhd bernilai RM214.4 juta.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top