.... Mahathir Yang Arah 'Serangan' Ke Atas Kampung Memali - Mahfuz Omar | AAKJ



Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pernah mendakwa di Parlimen bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang mengarahkan serangan ke atas Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985.

Ahli Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Mahfuz pada tahun 2002 mendakwa arahan serangan keatas penduduk kampung tersebut dibuat secara terus oleh Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

“Justeru, masanya sudah tiba untuk keadilan ditegakkan,” katanya di Facebook semalam.

Mahathir sejak menyertai Pakatan Harapan diwar-warkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Kamarul berkata, menjadi harapan semua pencinta kebenaran supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja diwujudkan bagi menyiasat peristiwa serangan Memali.

Menurut beliau, rakyat mahu tahu individu yang bertanggungjawab mengorbankan banyak nyawa penduduk kampung yang tidak bersalah dalam tragedi tersebut.



Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Mynewshub.cc dengan tajuk asal Mahfuz Dedah Mahathir Dalang Tragedi Memali. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top