.... Mahathir Gesa Lupakan Jenayah Liwat Anwar? | AAKJ



Mahathir Mohamad hari ini menggesa semua ahli Pakatan Harapan (PH) untuk melupakan persengketaan yang lalu di antara mereka dan menumpukan perhatian untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN), beberapa minit selepas parti gabungan itu secara rasmi menamakannya sebagai calon perdana menteri.

“Lupakan masa lalu kerana ianya akan menjadi penghalang untuk mencapat matlamat kita,” kata Mahathir dalam ucapannya semasa konvensyen PH di Shah Alam, hari ini.

Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu sebelum ini dinamakan sebagai pilihan utama perdana menteri, dan presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, apabila ditimbulkan kembali mengenai pendiriannya terhadap isu moral Anwar, Mahathir masih tak berani memberikan jawapan yang konsisten.

Sebaliknya, Mahathir ‘memutar belitkan’ soalan mudah tersebut dengan menyeru ahli parti pembangkang agar ‘fokus’ menjatuhkan BN pada pilihan raya akan datang.

Gabungan itu juga mengumumkan bahawa ia akan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan dibebaskan dari penjara pada bulan Jun tahun ini, sebagai perdana menteri kelapan selepas melalui satu proses dalam undang-undang untuk membenarkannya kembali aktif dalam dunia politik.

“Saya berterima kasih kerana menamakan saya sebagai perdana menteri. Saya sudah 92 tahun, saya tidak akan hidup untuk jangka masa yang panjang,” kata Mahathir lagi.

Mahathir turut akui bukan mudah untuk menyertai parti pembangkang yang “pada masa lalu telah menentang saya.”

“Tetapi oleh kerana menggulingkan Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi keutamaan buat masa ini, saya bersedia mendengar semua aduan terhadap saya,” katanya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lagi. Mynewshub

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top