.... UCAPAN PERDANA MENTERI MENGENAI GST BUKAN CUKAI REGRESIF | AAKJ




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam 1Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Masih ada lagi salah faham tentang pelaksanaan GST di Malaysia, dan ada juga yang menganggap GST Malaysia suatu cukai regresif seperti GST atau VAT yang dilaksanakan di negara-negara lain.
Mekanisme GST di Malaysia jika dikaji sebenarnya bersifat progresif, di mana mereka yang berpendapatan rendah menerima lebih banyak faedah bantuan Kerajaan dari hasil GST berbanding mereka yang berpendapatan tinggi.
Ini kerana pengecualian GST ke atas barang-barang asas memastikan mereka yang berpendapatan rendah tidak terkesan dengan pelaksanaan GST, sementara mereka yang berpendapatan lebih tinggi, akan membelanjakan lebih banyak pendapatan mereka, sekaligus kutipan cukai ke atas mereka adalah lebih tinggi.
Selain daripada itu, hasil Kerajaan yang kini disalurkan secara bersasar terus kepada golongan B40 yang lebih memerlukan seperti program BR1M untuk menangani kos sara hidup, bantuan persekolahan, bantuan-bantuan kepada pesawah padi, nelayan, pekebun kecil serta pembayaran khas kepada penjawat-penjawat awam adalah bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Program bantuan bersasar ini semua tidak akan mampu dibuat jika mereka yang berpendapatan jauh lebih tinggi tidak menyumbang jumlah yang lebih besar.
Ini bermakna meskipun golongan berpendapatan rendah turut membayar cukai GST pada kadar 6 peratus, tetapi faedah dan manfaat yang diterima dari pelaksanaannya sesungguhnya berlipat kali ganda berbanding golongan berpendapatan tinggi yang lain.
Sesungguhnya pelaksanaan GST di Malaysia sudah pun mengambil kira keadaan ekonomi rakyat selain Kerajaan hari ini yang terus berusaha menjamin kualiti hidup terbaik untuk semua rakyat Malaysia.
Sekian sahaja dari saya.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top