.... Skandal Tanah Felda - Synergy Promenade: Kroni Mahathir? | AAKJ



Dua orang pemilik Synergy Promenade, syarikat yang terpalit dengan tanah milik FELDA bernilai RM270 juta melalui Felda Investment Corp (FIC) ialah Noraini Soltan dan adiknya Rahman Soltan.

Noraini Soltan merupakan seorang usahawan yang terkenal yang sebelum ini dibiayai dan dilatih oleh PNB untuk memulakan syarikat membuat barangan plastik iaitu Spiro Plastics dalam tahun 1992, ketika masa itu Tun Ismail Mohd Ali menjadi Pengerusi PNB. Tun Ismai ialah abang ipar Tun Mahathir.

Dengan bantuan PNB, syarikat tersebut berkembang dengan jayanya membolehkan Noraini menjadi salah vendor Proton yang terkenal.

Malahan, beliau selalu mengambil tempat untuk mengendalikan beberapa acara oleh Persatuan Vendor Proton (PVA).

http://protonvendor.com/html/news_events_details.aspx?NID=MITIerxzjfSn4HQUFITZKg==&GPID=Ps07gg8Qk7lcD9g1ksiCvA==&PID=kNo%20AFTITGEuZh3EzBIUPw==

Mahathir rapat dengan PVA dan kerap kali memberikan ucapan di dalam persatuan ini.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2010/12/10/dr-m-tells-proton-vendors-to-produce-components-for-electric-cars/

Anak lelakinya, Mukhriz juga mempunyai beberapa kontrak dengan Noraini Soltan.

http://mukhrizdaretochallenge.blogspot.my/2011/06/officiating-perodua-design-engineering.html

Seorang lagi yang terlibat ialah Zahid Mat Arip, salah seorang ahli jawatankuasa PERKASA dan kini menjadi ahli majlis pimpinan tertinggi Parti atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau merupakan bekas pembantu kepada Tan Sri Isa semasa urusan tanah FELDA berlaku pada 2014 dan beberapa bulan sebelum ini telah ditahan oleh SPRM atas peranannya dalam urusan pembelian melebihi harga pasaran sebuah Hotel di Kuching oleh Felda Investment Corp.

Perlu diingatkan, orang-orang PRIBUMI yang cuba untuk mengaitkan adik beradik Soltan ini dengan kerajaan pada masa kini supaya berhati-hati kerana mereka ini mempunyai kaitan yang cukup kuat dengan Mahathir, keluarganya dan parti.

LSS

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top