.... Skandal Seks Dengan Nika Gee: Muhyiddin Akan Jawab Di Mesyuarat Agung PPBM? | AAKJ



Samada perwakilan parti PPBM yang hadir pada mesyuarat pertama parti mereka sedar atau tidak bahawa Muhyiddin sedikit pun tidak menunjukkan kesungguhan dalam membela dirinya yang didakwa punca perceraian rumahtangga Nika Gee - Stanley.

Sepatutnya Muhyiddin yang cuba tonjolkan kononnya berani membuat pendedahan tentang akaun milik peribadi PM Najib bertindak dengan lebih berani - membuktikan betapa beliau sekali pun tidak pernah mengenali siapa Nika Gee dan seinci pun tidak pernah menyentuh kulit tubuh isteri orang ketika itu apatah lagi untuk berhubung seks dengannya.

Di hadapan penyokong dan ahli partilah Muhyiddin perlu membuktikan dan menafikan bahawa pengakuan bersumpah bekas suami Nika Gee adalah satu pembohongan yang amat besar. Paling tidak, Muhyiddin perlu bersumpah menjunjung Quran demi membuktikan beliau bukanlah seperti yang di dakwa oleh portal Malaysia Today. Baca di SINI.
So, no, morality, or the lack of it, is not the issue here. If not then Kit Siang, Guan Eng, Anwar, Nurul Izzah, and another 100 Pakatan Harapan leaders will have to go to jail. And the first would be Muhyiddin Yassin who for years had been sleeping with Nika Gee, who has since divorced from her husband due to her affair with Muhyiddin. (Malaysia Today)
Bukan senang Muhyiddin hendak kumpulkan ahli parti seluruh Malaysia di satu-satu majlis, apatah lagi mesyuarat agung pertama parti yang 'terpaksa' dilakukan kerana cuba menipu pada peringkat awal dengan hanya kehadiran 12 orang ahli. Ini pun belum tahu siapakah perwakilan yang datang, entah dari mana dikutip, rakyat Malaysia masih tertanya-tanya.

Manakan tidak riuh dan jadi bahan jenaka. Mahathir adalah perdana menteri negara selama 22 tahun dan presiden UMNO juga selama yang tersebut. Muhyiddin juga berada di lingkaran masa yang sama - nak buat mesyuarat agung parti terpaksa panggil budak-budak muda yang ada sikit kemahiran kendalikan mesyuarat pasukan bola dan pasar malam. Malu tak tahu nak sorok muka kat lubang jamban mana menurut sumber kumpulan whatsApp grup.

Pertuduhan daripada Malaysia Today adalah satu perkara yang amat serius dan Muhyiddin seperi mengelak. Lazimnya Muhyiddin suka membawa firman dan hadis ketika berucap, maka tidak wajarlah beliau hanya bercerita tentang sumber rujukannya berkisar kepada portal dan masih berputar pada cerita yang tiada bukti konkrit. Muhyiddin perlu jawab segera sebelum perwakilan bangun dan bertanya pada penutup mesyuarat.

Muhyiddin perlu tunggu sampai bila?


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top