.... SIAPA MUSUH RAKYAT – KU NAN ATAU PAKATAN? | AAKJ




Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berhadapan dilema besar dalam pembangunan perumahan di Kuala Lumpur.
2. Terdapat tuntutan menyeimbangkan kependudukan Kuala Lumpur dari segi kelompok sosial masyarakat. Dengan kata lain, kita mahu Kuala Lumpur mencerminkan wajah rakyat Malaysia baik dari segi kaum dan agama mahupun pendapatan.
3. Dalam keadaan harga tanah dan kos pembinaan yang mencanak tinggi, tidak ada pemaju mahu menawarkan harga rumah yang mampu milik, apatah lagi rumah kos rendah.
4. Justeru Kementerian Wilayah mencadangkan konsep “subsidi bersilang” pada tanah-tanah kerajaan yang dijual bagi pembangunan bercampur antara rumah pasaran bebas dan rumah mampu milik.
5. Rumah Wilayah Persekutuan (RumaWip) ini dijual antara RM 63,000 – RM 300,000.00 mengikut keluasan dan lokasi.
6. Sudah tentu kerajaan tidak boleh menjual tanah-tanah ini secara tender seperti mana yang dilakukan di Selangor. Apabila tanah-tanah pembangunan perumahan dijual secara tender di Selangor, maka kita berhadapan dengan masalah tiadanya pembangunan rumah kos rendah dan kos sederhana sekitar kawasan bandar atau “prime area”.
7. Kejayaan konsep RumaWip ini menimbulkan satu dilema kepada ahli politik pakatan. Ia bukan sahaja memberi tekanan kepada kerajaan Selangor pimpinan mereka, tetapi juga menyebabkan pertambahan penduduk berpendapatan rendah di Kuala Lumpur.
8. Pertambahan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur tidak baik kepada politik mereka. Mereka khuatir ini akan mengimbangi kuasa pengundi penyokong mereka yang banyak berlegar di kalangan golongan berpendapatan tinggi.
9. Justeru Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai membuat tuduhan bahawa penjualan tanah-tanah kerajaan untuk pembangunan perumahan di Wilayah Persekutuan mempunyai unsur rasuah dan akan membuat laporan SPRM.
10. Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) mengeluarkan kenyataan akhbar mengucapkan terima kasih atas inisiatif Ahli Parlimen Cheras itu.
11. Tulis Ku Nan, “Saya yakin, dengan laporan yang bakal dibuat oleh YB Tan Kok Wai tentunya akan menyerlahkan antara mana yang benar atau tidak, termasuklah fitnah serta tohmahan yang dilakukan terhadap saya dan kerajaan.”
12. Ku Nan langsung tidak melarang Kok Wai dari membuat laporan atau mempertahankan dirinya. Beliau malah menggalakkan lagi laporan dibuat segera.
13. Namun hari ini ramai pemimpin pembangkang Wilayah Persekutuan melompat marah Ku Nan dan menuduh beliau tidak pro-rakyat.
14. Mereka kelihatan gundah gulana dan takut apabila Ku Nan mencadangkan pemaju turut membuat laporan SPRM jika bantahan dan serangan ini bertujuan mendapat imbuhan pemaju atau dibiayai oleh pihak lain.
15. Soalnya, mengapa mereka takut? Orang seperti Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi PKR, melalak menuduh Ku Nan takut dan menyembunyikan sesuatu. Hakikatnya Ku Nan mengalu-alukan laporan dan siasatan SPRM.
RIMBA KIARA
16. Sebaliknya, Fahmi melatah-latah seolah-olah ada sesuatu yang beliau sembunyikan dan menuduh Ku Nan bermusuh dengan penduduk Kuala Lumpur dan mengaitkan isu Rimba Kiara.
17. Isu pembangunan Taman Rimba Kiara ialah usaha Ku Nan untuk menyelesaikan masalah bekas pekerja ladang yang tinggal di rumah panjang itu sejak 30 tahun lalu. Apabila kawasan Taman Tun Dr Ismail dibangunkan para pekerja ladang ini ditempatkan di rumah panjang dengan janji mereka akan mendapat rumah di kawasan tersebut juga.
18. Malangnya selama 30 tahun menunggu mereka belum mendapat rumah yang dijanjikan. Justeru Ku Nan mahu menyelesaikan perkara ini.
19. Yayasan Wilayah Persekutuan membeli tanah kawasan tersebut dengan harga RM 60 juta bagi tujuan pembangunan “subsidi bersilang” antara rumah mampu milik dan rumah kos sederhana. Lebih 100 orang akan mendapat rumah percuma. Manakala manakala generasi kedua pekerja ladang terbabit boleh membeli dengan harga RM 175,000.00 dan selebihnya adalah rumah mampu milik berharga RM 300,000.00.
20. Mereka yang membantah terdiri daripada golongan elit yang menggambarkan bahawa ia menjejaskan kawasan hijau atau “green lung” kerana ia tidak menggunakan tanah Taman Rimba Kiara seluas 13.3 ekar itu. .
21. Sebenarnya bantahan ini tidak ada kena mengena langsung dengan alasan kawasan hijau. Ia lebih kepada tidak mahu kawasan perumahan mereka bertambah dengan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana sekaligus menjatuhkan nilai hartanah.
22. Adakah mereka tidak sedar bahawa pekerja ladang yang mahu mereka nafikan hak tersebut tinggal lebih lama di situ berbanding mereka?
23. Kerajaan telah menjelaskan semua ini dalam sesi pendengaran termasuk pembentangan pelan yang membuktikan tidak menjejaskan Taman Rimba Kiara. Namun ia masih dibantah oleh mereka. Jelas ini adalah bentuk bantahan kepentingan diri, bukannya demi rakyat dan negara.
24. Justeru siapa sebenarnya yang bermusuh dengan penduduk Kuala Lumpur?
    i. Ku Nan selaku Menteri yang berusaha berusaha membina rumah mampu milik atau;
    ii. PKR dan pembangkang mereka yang cuba menggagalkan usaha ini melalui pelbagai tuduhan dan bantahan?
-MYKMU.NET

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top