.... Razali Pengerusi PPBM Perlu Serah Diri ke Balai Polis | AAKJ




Pada bulan April yang lalu, dalam satu siri ceramah PAS yang diadakan di Dataran Ketengah Jaya, Paka. Turut bersama di dalam siri ceramah politik pakatan pembangkang adalah Datuk Razali Idris, Pengerusi PPBM Terengganu.
Saitifu Bahri Mamat yang juga Adun Paka merangkap Pesuruhjaya Pas Terengganu ketika itu adalah antara penceramah.
Amat mengejutkan orang ramai yang hadir apabila Razali telah mendedahkan serta membuat pengakuan bahawa beliaulah dalang yang telah merantai pintu pagar TABIKA KEMAS dan juga mesin-mesin jahit kelas khas penduduk setempat yang turut berada di dalamnya.
Malah ianya turut disahkan oleh Saitifu Bahri di dalam ceramahnya bahawa Razali adalah individu yang merancang pada ketika itu adalah ahli UMNO yang bertanggungjawab mengunci Tadika Kemas tersebut. Dan menurut Saitifu lagi, pengakuan Razali telah membersihkan nama baik PAS yang selama ini dituduh melakukan jenayah tersebut.
Tambah Saitifu Bahri, Razali adalah perancang utama dalam jenayah itu bagi mengaburi mata rakyat dan memperlihatkan Pas jahat ketika berkuasa di Terengganu.
Katanya, pada ketika itu Razali adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang.
“Baru ni dia (Razali) beri tahu saya, dia kata Yang Berhormat.. masa Pas perintah dulu, masa itu selalu keluar dalam televisyen Pas tutup Tabika, dia kata dialah yang pala haliang (perancang utama), berapa tahun doh.. aku baru tahu… dikata minta maaf lah ustaz”
“jangan minta maaf denga aku, minta maaf dengan rakyat Terengganu kerana rakyat percaya belaka(semua), rakyat kata orang Pas ni jahat bila memerintah Jawatakuasa Syura Rakyat(JSR) tutup tabika”
“Dia kata, dia panggil penerangan, dia beli ibu kunci dan pulas-pulas rantai serta kunci dan ambil gambar… gambaran orang Pas memerintah tutup balairaya dan halau budak tabika nak sekolah”
“Boleh tahik kita lama mana….”, katanya dalam ceramah tersebut.
Tambahnya, nasib baik dia (Razali) tubek (keluar) UMNO, baru pecoh lubang dan maknanya dia tahu segala apa yang berlaku ketika itu kerana semua kerja-kerja UMNO dalam poket dia.
Menjadi persoalan, sehingga pengakuan tersebut di buat, PAS tidak membuat sebarang laporan polis bagi membersihkan nama baik parti. Malah Razali juga tidak berani ke balai polis untuk membuat laporan rasmi bahawa kerja jahat tersebut adalah perbuatan beliau atas arahan ‘seseorang’.
Mungkin Razali juga boleh mengheret ‘saksi’ semasa kejadian yang mana disebut oleh Saitifu seperti pegawai penerangan dan juga wartawan yang membuat liputan berhubung jenayah terangcang oleh beliau ketika itu.
Rakyat Terengganu ingin melihat apa tindakan PAS dan Razali selanjutnya di dalam isu yang begitu serius ini. Tiada guna berkokok kalau ekor mengheret najis.
Sumber : HarapanPRU

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top