.... Rakyat Malaysia Di Korea Selatan Menipu Untuk Hidup?: Bahagian 2 | AAKJ



Korea Selatan berjaya dalam kempennya menarik perhatian dunia untuk datang melawat tempat-tempat menarik yang ada di negara mereka termasuklah antara pelawat yang paling ramai datangnya dari Malaysia.

Bahagian 1 baca di SINI.

Korea Selatan menggunakan kaedah promosi yang begitu significant dan dekat di hati rakyat Malaysia - drama Korea Selatan yang berunsurkan kehidupan seharian bersulamkan cinta dan airmata, persis bagaimana filem hindustan berjaya menembusi pasaran Malaysia walaupun orang Malaysia khususnya Melayu jahil berbahasa hindi.


Korea Selatan menghidangkan pemandangan menarik, gaya hidup eksklusif, sederhana dan miskin serta fesyen-fesyen terkini menjadi ikutan anak muda kita di dalam rancangan berbentuk hiburan drama ringan tersebut. Malah bukan setakat drama, mereka juga mempromosikan Korea Selatan melalui pelbagai rancangan realiti bertaraf 'box office' dan rancangan hiburan yang masih mengekalkan kumpulan K-pop sebagai daya tarikan industri hiburan mereka.

Korea Selatan juga menampilkan pelakon mereka yang berwajah 'cantik-plastik' samada pelakon lelaki dan wanita, ianya khas untuk mempromosikan betapa negara mereka begitu pakar di dalam bidang pembedahan kosmetik - plastik.

Inilah antara usaha kerajaan Korea Selatan untuk bangkit di saat mereka hampir muflis. Bayangkan drama yang biasa-biasa tiba-tiba menjadi popular hanya kerana mereka membuat berpuluh malah beratus siri drama tersebut yang berakhir dengan menjadi sebutan dan kegilaan serta mewujudkan kelompok peminat mereka sendiri - peminat tegar. Mereka, hardcore fan ini sanggup untuk datang ke Korea semata- mata untuk duduk bergambar di "kerusi yang menjadi legenda" di dalam satu-satu filem atau drama.

Keluhan, rungutan dan makian warga netizen kononnya ekonomi Malaysia teruk dan kerajaan BN zalim hanyalah salakan politik. Realitinya rakyat Malaysia berselisih bahu di kota Seoul dan kalau anda ke London, nak tengok Mat Salleh pun susah. Kalau ekonomi Malaysia di ambang kehancuran, bukan setakat Seoul, nak balik Terengganu naik AirAsia pun tak mampu.

Paling sukar untuk dipercayai, peminat tegar Korea ini sanggup memburukkan nama Malaysia demi kononnya untuk mendapat 'perlindungan politik' walhal mereka terlalu fanatik hinggakan sanggup 'menjadi orang Korea' yang setiap hari bertukar kepercayaan, hari ini mereka jadi buddha, esok mereka suka-suka jadi kristian.

Tunggu, aakj akan dedahkan apakah modus operandi dan apakah alasan golongan pentaksub Korea Selatan ini hingga sanggup memfitnah negara sendiri  untuk mendapatkan 'perlindungan' dari kerajaan Korea Selatan dan ada yang sudah mula menyesal betapa nikmat apa yang mereka ingin dustakan apabila dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.

Agak mencabar tugas kali ini, sejuk hinggakan suhu bawah 8 darjah C, makanan mahal - nasi lemak RM24 untuk sarapan pagi, kena order dulu dan jam 10am baru sampai. Tambang teksi, duduk je meter dah tunjuk RM12 bagi teksi biasa dan RM20 bagi teksi eksklusif.


Nak dapatkan story eksklusif sisi gelap rakyat kita di sana, aakj kena jumpa dengan sumber di Nami Island, RM500 lebih jugalah habis termasuk makan di restoran halal dan tambang uber ke sana. Murah kalau guna subway train tapi ambil masa yang lama kira-kira 2 jam untuk sampai ke stesen sebelum naik feri ke pulau tersebut. Makan tengahari pun dah RM200 untuk 4 orang tapi demi tugasan nak bersihkan nama negara, Aakj lakukan yang terbaik.

Mengejutkan dan bangga serta teruja juga, di Nami Island, nama Malaysia tertera dengan megah dan bendera Malaysia juga terpacak di feri-feri penumpang. Kalau rakyat kita tidak ramai datang ke sini, kementerian pelancungan Korea Selatan tidak akan beria untuk letakkan nama Malaysia di pulau yang menjadi tarikan utama pelancung seluruh dunia ini. Surau pun ada.

Bersambung..."Siapa Pathia, burukkan Malaysia untuk dapat kononnya perlindungan kerajaan Korea?"

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top