.... Rakyat Malaysia Di Korea Selatan Menipu Untuk Hidup?: Bahagian 1 | AAKJ



Bukan senang nak senang dan bukan susah untuk hidup susah. Namun kalau kita hidup dengan menyusahkan orang lain serta memfitnah orang lain demi untuk kesenangan diri maka berhati-hatilah kerana ianya akan terbongkar juga satu hari nanti.

Siri jelajah aakj tahun ini adalah ke Korea Selatan. Aakj memilih untuk berada di kawasan Itaewon, Seoul. Kawasan ni kalau di KL samalah dengan kawasan Bukit Bintang - popular dan 'happening' kata orang muda.

Di Itaewon ada hostel dan juga guest house yang banyak pilihannya. Harga caj per malam juga banyak pilihan bergantung kepada bagaimana kesanggupan dan kemampuan kita. Aakj pilih yang murah saja (bilik tiada TV dan tandas, bilik mandi berkongsi ramai-ramai - ini pun hampir RM200/malam tanpa breakfast) memandangkan bajet siri jelajah kali ini perlu berhati-hati kerana Korea Selatan adalah sebuah negara yang matawangnya hampir menyamai dollar Amerika berbanding dengan Ringgit Malaysia dan kos hidupnya tinggi kalau dibandingkan dengan duit kita.

Memang ramai rakyat Malaysia datang ke sini setiap hari terutamanya bila cuti sekolah tidak kira musim apa pun. Walaupun warga netizen yang condong kepada pembangkang dan hampir saban waktu menyalak bertempik betapa susahnya hidup di Malaysia, penumpang pesawat AirAsia sentiasa 90% penuh dengan rakyat Malaysia.

Kalau rakyat Malaysia tidak ramai di Korea Selatan, peniaga pasar malam dan juga pekedai tidak akan berusaha belajar bahasa kita.

Rata-rata peniaga pasar malam tersohor di Seoul tahu serba sedikit tentang bahasa Malaysia seperti - "Apa Khabar, murah, halal dan terima kasih". Malah ada yang lancar dalam bertutur bila perkenalkan produk mereka. (tunggu video aakj tayangkan di artikel yang berikutnya). Petandanya penjaja peka, kalau tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia, mereka akan rugi tidak dapat menarik perhatian pelanggan dari Malaysia.

Jerit pekik sawan melampau netizen yang condong kepada Lim Kit Siang dan DAP hanyalah jeritan sawan politik dan tidak mampu untuk menutup cerita betapa rakyat Malaysia mampu kemana sahaja di dunia ini. Kalau ekonomi negara kita bukan di landasan terbaik, mana mungkin setiap pesawat ke luar negara termasuk ke Korea Selatan dipenuhi oleh rakyat kita.

Tambah membanggakan. Zaman sekarang, cuti sekolah bawa anak jalan-jalan. Samada di dalam negara maupun di luar negara. Di dalam negara pun harga pakej bercuti berbeza dengan musim tidak cuti sekolah. Zaman aakj dulu, cuti sekolah je arwah abah bawa ke Gua Musang untuk bantu dia menoreh getah. Kebun arwah abah ada di sana. Paling komang, mandi sungai, lastik burung dan dok lepak kat rumah je lah. 

Jangan mimpilah nak ke pantai atau mana- mana tempat. "Takde duit mas.." kata-kata bonda yang sentiasa terngiang di telinga.

Bayangkan anda berselisih bahu di mana sahaja anda pergi di kawasan tumpuan di Seoul. Masing-masing tersipu bila berselisih, mungkin di dalam hati masing-masing berkata - "kantoi sudah, mampu ke sini, menyalak di facebook".

Paling mengejutkan, ramai juga rakyat Malaysia yang hidup menipu kerajaan Korea Selatan dan jadi 'pelarian politik' kononnya mendapat suaka politik.

Bersambung bahagian ke 2 esok....

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top