.... Rafizi Ramli baru saja membuat satu lagi tuduhan palsu, kali ini terhadap Menteri Rahman Dahlan. | AAKJ



Rafizi mendakwa bahawa kementerian Unit Perancang Ekonomi di bawah Rahman Dahlan telah menganugerahkan kontrak kepada syarikat yang dipanggil Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd di mana pemegang sahamnya adalah "Raslan Dahlan" yang menurut Rafizi adalah abang kepada Rahman Dahlan.
(Pico telah berada dalam perniagaan pameran sejak 20 tahun lalu)

Tapi masalahnya ialah Raslan langsung tidak mempunyai pertalian dengan Rahman Dahlan!

Nama penuh Raslan ialah Nooraslan bin Mohd Dahlan dan beliau dilahirkan di Johor, seperti yang anda lihat dari kod MyKad 01 beliau.

Manakala nama penuh Rahman ialah Abdul Rahman bin Datuk Hj. Dahlan (tiada Mohd) dan beliau dilahirkan di Sabah. Malah, bapanya adalah Adun Sabah untuk DUN Sulaman selama enam tahun bermula tahun 1971.

Kod Mykad Sabah ialah 12, 47, 48 atau 49.

Nampaknya satu lagi saman akan dibuat terhadap Lapiji. Adakah Rafizi pernah terfikir untuk cuba memeriksa fakta-fakta terlebih dahulu atau beliau hanya membuat dakwaan secara rambang dan kemudian beliau disaman supaya beliau boleh meminta derma?

Rafizi juga mendakwa Ekspo Negaraku adalah pembaziran wang dan menelan kos "berpuluh-puluh juta".

Ekspo itu sangat berjaya dan berada di landasan untuk menarik 500,000 pengunjung.

Sesiapa yang pergi ke sana pasti akan kagum dengan pameran yang sangat interaktif dan maya yang bertujuan untuk memaklumkan dan mendidik rakyat Malaysia mengenai pelbagai pembangunan infrastruktur, projek dan rancangan yang sedang berjalan.

Kemasukan juga adalah percuma.

Walaupun ia menelan kos RM20 juta, ia hanya akan menjadi RM40 untuk seorang - satu harga yang kecil berbanding rakyat Malaysia dapat menikmati pameran secara percuma - terutama sekali kerana pameran itu boleh digunakan semula.

Dengan mengandaikan ia adalah RM20 juta, kerajaan Persekutuan akan membelanjakan RM20 juta untuk mendidik dan menghiburkan 500,000 rakyat Malaysia dengan pameran yang mengagumkan - ramai yang pulang dengan tersenyum.

Tidak seperti Pakatan dan DAP, Kerajaan Persekutuan tidak membelanjakan RM305 juta untuk "laporan" syarikat swasta di mana sehingga kini, laporan itu tidak dapat diselesaikan.

Rafizi, tolonglah .. anda memalukan diri anda sendiri.

PS. Bila hendak berdebat?

---
KEMAS KINI: Rafizi baru sahaja MEMADAMKAN keseluruhan sidang akhbarnya dari FBnya. Penaakut betul SOTONG ini.

Catatan dan video Rafizi sebelum ini boleh didapati di sini: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/1731438293557337/

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top