.... Pecah Rahsia! Turki Ada Jalinan Diplomatik Israel | AAKJ




TERBONGKAR!… Selama ini tanpa disedari umat Islam di Malaysia khasnya pembangkang sering berbangga dengan Turki sebagai imej negara Islam contoh yang wajar dijadikan ikutan teladan.

Lantaran itu, ramai mengagumi kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pelbagai bidang termasuk bab ekonomi, sukan, politik, hiburan waima gerakan dakwah Islamiah yang bangkit daripada persepsi sekular moden.
Bagaimanapun, sejurus Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel pada Rabu lalu, tiba-tiba terdedah kisah yang selama ini mungkin tiada siapa pun hendak tahu!
Tanpa semena-mena media antarabangsa melaporkan Erdogan terpaksa hubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam demi memastikan pemimpin Malaysia itu hadir mesyuarat tergempar dunia Islam di Istanbul.
Meskipun tahu Najib sibuk Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Kuala Lumpur, Erdogan tetap memohon jasa baik Presiden UMNO itu datang minggu depan kerana ia amat penting bagi bincang solusi isu panas Baitulmaqdis itu.

Mungkin lucu tetapi apabila media seluruh dunia melaporkan ugutan Erdogan ‘putus’ hubungan diplomatik dengan Israel, akhirnya terdedah rahsia selama ini ada kedutaan Turki di Tel Aviv dan juga Kedutaan Israel ada di Ankara.
Cerita ini didedahkan seorang pendakwah popular tempatan yang menggunakan nama samaran Abu Aqif Al Aman menerusi akaun Facebooknya pada Jumaat dan pembongkaran perkara itu ternyata mengejutkan ramai netizen.
Walhal ini bukan kisah baharu pun kerana kedua-dua negara sebenarnya sudah lama menjalinkan diplomatik secara formal sejak 1949, iaitu setahun selepas negara haram Yahudi itu diwujudkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa.
Turki menjadi negara Islam pertama di dunia yang ada hubungan politik dengan Israel sebelum diikuti Mesir pada 1980 menyaksikan negara Arab di Afrika Utara itu dapat semula Semenanjung Sinai yang dirampas jirannya itu.
Sebuah lagi tetangga Israel, Jordan turut ada hubungan diplomatik pada 1994. Jalinan itu ada hikmahnya sekali gus umat Islam dari seluruh dunia dapat memasuki Tebing Barat di Palestin dari Jordan selain Mesir jika mahu ke Gaza.

KEDUTAAN ISRAEL DI TURKI. – GAMBAR HIASAN
Hakikatnya tiga negara Islam ini selain Palestin terpaksa berbuat demikian atas faktor politik dan secara tidak langsung membolehkan ada juga ‘suara Islam’ wujud di bumi Israel terutama jika berlaku situasi luar jangkaan.
Ini dapat dilihat semasa insiden kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 2010 dan Zaytouna-Oliva pada 2016 ditawan tentera Zionis. Turki jadi penyelaras konsular kepada mangsa yang negaranya tiada wakil di Tel Aviv.
Malah, hubungan diplomatik itu membolehkan Turki dapat kerjasama ketenteraan daripada Israel yang dianggap antara pasukan keselamatan terbaik di dunia sehingga negara Islam itu pula muncul sebagai kuasa tentera global.
Hakikatnya, puluhan negara Islam lain tetap enggan ikut jejak langkah tiga negara ini waima pasport rakyatnya ada dicetak ayat peringatan tegas yang memberi amaran dokumen perjalanan itu tidak sah untuk memasuki Israel.
Antaranya Arab Saudi yang jauh lebih ‘keras’ apabila pasport rakyat asing waima dari negara-negara Islam sendiri jika ada cop imigresen Israel, adalah dilarang keras masuk ke negara penjaga dua tanah haram suci umat Islam itu.
Untuk rekod selain Malaysia ‘haram’ warganya pijak Israel; Algeria, Bahrain, Brunei, Bangladesh, Djibouti, Iran, Iraq, Indonesia, Kuwait, Oman, Pakistan, Somalia, Sudan, Syria, Lubnan, Libya, Tunisia, UAE, Yaman dan Qatar pun sama.
Tidak hairanlah ketika isu Baitulmaqdis timbul, bukan sahaja Erdogan ‘cari’ Malaysia, malah Hamas dan Fatah yang kebetulan ada di Kuala Lumpur mengikuti PAU 2017 turut meminta negara kita untuk menangani krisis tersebut.
Pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin sekian lama ternyata menggerunkan Israel waima Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pertama dilantik pun ialah bekas perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra.
Malangnya, pada masa sama pembangkang di Malaysia diketahui cuba ubah dasar luar itu, bahkan ada dapat dana besar secara rahsia untuk ‘guling’ kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO pada pilihan raya umum kelak.
Lebih dahsyat, jika ini berjaya Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur manakala Kedutaan Malaysia wujud di Tel Aviv. Mereka terlupa Erdogan pun ‘menyesal’ ada hubungan diplomatik dengan Israel. – Mynewshub.cc/HAA

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top