.... MENJAWAB TOHMAHAN TERHADAP PERKHIDMATAN HOSPITAL KERAJAAN | AAKJ



Saya ingin merujuk kepada penulisan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Jaya Saudara David Marshel di dalam portal berita Malaysiakini spt di link berikut: https://m.malaysiakini.com/letters/406214#.Wj21OaWWPUo.whatsapp

David Marshel telah mengatakan bahawa beliau kasihan dengan orang Perlis kerana hospital kerajaan tiada kemudahan dan lebih teruk berbanding sesetengah hospital di pekan negara ini. Ianya adalah berdasarkan pengalaman ibunya yang dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar baru2 ini.

Ibunya telah dimasukkan ke wad kerana serangan jantung (unstable angina) dan telah mendapatkan rawatan mengikut prosedur standard dan menepati standard perawatan mengikut garispanduan klinikal negara mahupun luar negara. Namun beliau tidak berpuas hati kerana rawatan angiogram tidak diberikan dan oleh itu beliau telah membawa ibunya keluar dari hospital untuk mendapatkan rawatan ke hospital swasta di Pulau Pinang.

Di Hospital Swasta tersebut rawatan angiogram telah dilakukan dan didapati ada sumbatan saluran koronari sebanyak 95% dan pesakit telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan angioplasti dengan segera.

Beliau seterusnya berkata beliau risaukan nasib rakyat Perlis yang tidak ada khidmat perawatan kardiologi dan kemudian mempolitikkan isu dengan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan hospital yang moden utk rakyat dan sebaliknya mengutamakan Program Permata Negara.

Pertamanya, apa yang semua harus faham adalah hospital2 kerajaan tidak beroperasi seperti hospital swasta. Kita boleh beroperasi seperti mereka tetapi rakyat perlulah membayar wang.
Nilai subsidi perawatan kesihatan rakyat kita adalah setinggi 95%! Ini menjadikan kos perubatan di negara kita adalah yang termurah di dunia.

Setiap pesakit jantung akan distratifikasikan risiko mereka oleh doktor pakar bagi menentukan keperluan melakukan ujian angiogram pada kadar segera (emergency) atau kemudian (elektif).

Pesakit Hospital Kangar akan mendapatkan rawatan susulan dan perlu menjalani ujian Stress Test. Sekiranya mereka menunjukkan tanda2 atau gejala bahaya maka ujian angiogram sudah semestinya akan diaturkan segera.

Bagi pesakit yang tidak mampu untuk menjalani ujian stress test ini (mungkin kerana masalah sendi, atau tidak mampu untuk berjalan/berdiri lama), maka ujian multiple slice computed tomography (MSCT) boleh dilakukan bagi mereka. Malah MRI cardiac juga boleh dilakukan bagi menentukan kewujudan sumbatan saluran darah koronari jantung secara tidak invasif. Kesemua perkhidmatan canggih ini boleh dilakukan di Hospital Kangar!
Jadi apa maksud David dengan mengatakan Hospital Kangar lebih teruk dari hospital di pekan?
Pekan mana yang beliau maksudkan?

Sekiranya pesakit Hospital Kangar memerlukan rawatan angioplasti, mereka akan dirujuk terus ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang begitu berdekatan dengan Kangar. Malah terdapat Klinik Kardiologi setiap bulan di Hospital Kangar yang dikendalikan oleh Pakar Perunding Kardiologi Kanan dari Hospital Pulau Pinang.

Malangnya, kesemua proses ini tidak sempat untuk dilakukan kerana David Marshel telah membawa keluar ibunya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Swasta.

Tuduhan Kerajaan Persekutuan mengabaikan pemodenan fasiliti hospital di pedalaman dan negeri Perlis khususnya adalah merupakan tuduhan dangkal melulu dan hanya bermotifkan politik. Bagi mereka yang tahu tentang perkembangan bidang kardiologi dan kardiotoraksik negara sudah pasti akan ketawa melihatan kedangkalan beliau.

Tun Dr Mahathir telah memberikan idea pembinaan IJN di Kuala Lumpur. Ia suatu idea yang sungguh bijak dan terpuji.

Sepanjang pemerintahan Tun selama 22 tahun, beliau telah membawa perkhidmatan ini ke 4 negeri di Malaysia iaitu di KL, JB, Pulau Pinang dan Sarawak.
Ia mewakili zon Selatan, Utara dan Borneo. Pada zaman Tun memerintah, rakyat Sabah perlu ke Sarawak untuk rawatan. Orang2 negeri pantai timur spt Kelantan, Terengganu dan Pahang perlulah pergi ke IJN di Kuala Lumpur.

Pembedahan pintasan jantung pertama negara dilakukan di Hospital Universiti (kini PPUM) sekitar tahun 1975. Hanya pada tahun 2001, perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak di Kuching. Sepanjang tempoh itu, mereka terpaksa diterbangkan ke IJN Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Pada zaman Pak Lah, telah dibangunkan pula Jabatan Kardiologi dan Kardiotoraksik di Hospital Serdang pada tahun 2007 bagi mengurangkan beban rakyat yg menunggu di IJN. Beliau juga telah membawa perkhidmatan kardiologi ke Alor Setar Kedah pada tahun 2008. Ini mengurangkan beban rakyat di Lembah Klang dan juga di negeri2 utara. Tidak perlulah bersesak ke IJN atau Penang.

Di bawah kepimpinan DS Najib, beliau menyedari kepentingan perubatan kardiologi demi rakyat dan telah membawa perkhidmatan kardiologi ke negeri2 berikut hanya dalam 7 tahun pemerintahan beliau:

Perak: 2011
Pahang: 2011
Terengganu: 2011
Sabah: 2012
Kelantan: 2015

Malah pembedahan pintasan jantung boleh dilakukan di Pahang semenjak tahun 2012. Ini menguntungkan rakyat2 pantai timur yg tidak lagi perlu pergi ke Serdang atau IJN di Lembah Klang.

Pembedahan pintasan jantung kita disubsidi begitu tinggi oleh kerajaan hingga ia menjadi pembedahan pintasan jantung termurah di dunia pada harga hanya RM 500.
Berkhatan di sesetengah hospital swasta pun kadang kala lebih mahal dari itu.
Sebagai perbandingan, Pembedahan bypass/pintasan jantung di swasta boleh menelan belanja sehingga 25K hingga 35K ringgit.

Rakyat Sabah juga tidak lagi perlu ke Kuching yg begitu jauh hanya utk rawatan kardiologi kerana kini Sabah sudah ada Sabah Heart Centre.

Hanya dalam 7 tahun pemerintahan, hampir semua negeri sudah ada perkhidmatan kardiologi termasuk sebuah 'IJN baru' di pantai timur. Baki negeri2 seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis hanya menunggu masa sebelum memiliki perkhidmatan kardiologi mereka sendiri. Saya dimaklumkan perancangan terhadap ini sedang rancak diusahakan oleh KKM.

Memanglah kalau boleh kita mahu pusat kardiologi seperti IJN wujud di setiap daerah dan ceruk negara. Namun perkara ini tidak realistik dan tidak berlaku hatta di negara2 maju.

Saya tidak faham mengapa bajet kesihatan dan bajet pendidikan untuk memajukan modal insan  spt Permata dicampur adukkan oleh pembangkang. Kedua2 sektor ini adalah amat penting dan merupakan nadi kelangsungan sesebuah negara selain dari bajet pertahanan.
Secara tradisi, kedua2 sektor ini juga adalah penerima alokasi bajet tertinggi dalam setiap pembentangan Belanjawan Kerajaan Barisan Nasional.

Perlis tidak pernah diabaikan malah keadaan mereka adalah mirip negeri saya Melaka tempat saya bertugas. Malah Perlis bakal mendapatkan sebuah hospital baru di Padang Besar yang akan mula dibina pada tahun hadapan. Juga, sebuah hospital swasta pertama di Perlis juga sudah tersergam indah. Pesakit2 yang mampu dan memiliki insurans kini tidak perlu lagi ke Alor Setar atau Penang utk perkhidmatan swasta selepas ini. Ini juga membantu mengurangkan beban kesesakan pesakit di Hospital Kangar.

Adalah tidak adil dan kelakar membandingkan hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terbanyak dengan sebuah hospital swasta yang semua tahu jelas berorientasikan perniagaan.

Di Hospital swasta, apa saja yang anda mahu boleh dilakukan kerana anda membayar sendiri bil perubatan. Your cash speaks for you.
Lihatlah saja gambar contoh yang saya lampirkan, deposit ribuan ringgit wajib dibayar barulah rawatan akan dapat dinikmati.

Berbanding di Hospital Kerajaan, seorang pesakit jantung boleh mendapatkan rawatan dari seorang pakar seperti saya dan boleh mendapatkan ubatan semahal RM 3.5K seperti Metalyse, hanya dengan membayar seringgit. Dan hampir keseluruhan rawatan disubsidi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Ahli Majlis Pulau Pinang ini sepatutnya bertanya apa pula yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kesihatan rakyatnya?
Tak mahu tanggung ke deposit perawatan di perkhidmatan swasta supaya kurang sedikit bebanan rakyat yang terpaksa menunggu di hospital kerajaan?

Takkan sanggup berbelanja ratusan juta hanya untuk feasibility study projek terowong dasar laut bunian yang sampai sekarang langsung tak nampak hasilnya?


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top