.... Korea Selatan: Golongan Pondan Tidak Selamat Di Malaysia? | AAKJ




Samada taksub ingin menjadi orang Korea kerana terkesan dengan promosi gila-gila Korea Selatan seperti zaman filem Hindi atau melihat ianya satu peluang baik untuk mencari rezeki dengan kemurahan dan mudahnya kerajaan Korea Selatan, itu belum dapat dirumuskan lagi. Yang penting dan bahaya ialah, kesanggupan rakyat Malaysia dikatakan menggunakan alasan untuk hidup di sana dengan memburukkan negara sendiri.

Baca Bahagian 2 di SINI.

Paling penting, pihak Wisma Putra wajar menyiasat dengan lebih mendalam tentang perkara yang sudah menjadi buah mulut rakyat Malaysia yang hidup di sana. Ada yang ke sana semata-mata ingin mencari pengalaman kerja kerana tawaran gaji berdasarkan perbandingan Ringgit Malaysia dan Won Korea Selatan. Matawang mereka hampir setara dengan matawang USD.

Namun rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di sana rata-rata akhirnya mula sedar, nampak di mata kasar Ringgit Malaysia kecil tetapi kos kehidupan di sana kalau dikira dengan Ringgit Malaysia akhirnya kena ikat perut kalau berniat untuk kumpulkan duit untuk dibawa balik ke kampung.

Harga nasi lemak di sana - KRW8000 = lebih kurang RM24 dan bagi rakyat Korea Selatan ianya hanya "RM8" - berkadar dengan gaji mereka di sana. Nampak seperti "RM8" tapi itulah nilai tukaran sekiranya menggunakan ringgit Malaysia. Ini hanya contoh mudah perbandingan dan rata-rata yang bekerja di sana selama 12 jam sehari mereka mendapat gaji sekitar RM7000 sebulan. Sewa bilik RM1200 sebulan, makan minum dan lain-lain terserah kepada kebijaksanaan menguruskan kewangan untuk simpanan masing-masing.

Tambang bas dari airport Incheon ke pusat bandar Itaewon adalah KRW15 untuk seorang yang hampir nilainya RM60. Jauh bezanya dari KLIA ke KL, RM9.90 sahaja dengan bas khas airport. 

Tetapi memandangkan ada pentaksub Korea Selatan mengatasi segalanya dengan mungkin mengambil kira betapa 'mudah berkira' kerajaan Korea Selatan, ada segelintir (jumlah tidak dapat dipastikan) menggunakan alasan yang tidak masuk akal untuk hidup bebas di sana - mendapat seperti perlindungan politik. Antara alasan ialah sebagai warga pondan, hidup di Malaysia tidak selamat atau golongan gay tidak diterima di Malaysia.

Bukan itu sahaja alasan segelintir rakyat Malaysia yang jahat ini guna. Ada yang menggunakan alasan perkahwinan. Kerajaan Malaysia halang pernikahan berlainan agama dan wajib menukarkan kepada agama Islam kalau pasangan tersebut ada yang bukan Islam.

Menurut sumber lagi, dengan alasan sedemikian, kerajaan Korea akan memberikan visa sementara selama 6 bulan dan diperbaharui setiap 6 bulan sekiranya tidak membuat onar di negara tersebut - tidak melakukan apa-apa jenayah.

'Fathia' (bukan nama sebenar) antara rakyat Malaysia yang menggunakan alasan tidak masuk akal untuk 'enjoy' di sana. Beliau terkenal di kalangan kelompok rakyat Malaysia yang bekerja di sana sebagai 'nyah plastik' - hampir 90% dirinya sudah melalui pembedahan plastik untuk kelihatan seperti seorang wanita tambah sumber.

Mungkin pihak Wisma Putra boleh siasat lebih terperinci lagi melalui hubungan dua hala yang amat baik antara Malaysia-Korea Selatan. Tidak sukar untuk mengetahuinya dengan melihat siapa rakyat Malaysia yang mendapat visa sementara seperti kad pengenalan merah di sana. Mungkin akan tertera alasan kenapa mereka mendapat kemudahan tersebut.

Ada juga permintaan dari rakyat Malaysia yang bekerja di Korea Selatan, mereka ingin agar kerajaan kita memohon kepada Korea Selatan supaya dibenarkan rakyat Malaysia mendapat visa untuk bekerja di sana seperti warga Indonesia. Menurut mereka, rakyat Malaysia tidak berada di dalam kategori dibenarkan bekerja di sektor kelas 'buruh'.

Bersambung..."anak tidak dapat bersekolah di Korea Selatan kerana kosnya terlalu tinggi.."


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top