.... Kisah Seks Jelik Anwar Terhenti Begitu Sahaja? | AAKJ




Dua kali Anwar bergelar banduan. Kali pertama beliau terhumban ke penjara atas kesalahan salah guna kuasa yang berkait dengan siasatan kes salahlaku liwat terhadap pemandu peribadinya sendiri.
Mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970”.
Anwar Ibrahim hari ini dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. BACA selanjutnya di SINI.
Dan kali kedua beliau dihumban ke penjara Sungai Buluh setelah terbuktinya jenayah liwat yang beliau lakukan terhadap pekerjanya sendiri juga.

Itu yang rakyat nampak dengan jelas. Rakyat mengikuti perbicaraan dengan penuh dramatik dan rakyat boleh melihat jelas bagaimana Anwar menyusun penyokongnya berdrama sepanjang perbicaraan. Tidak cukup dengan itu, Anwar kelihatan dengan jelas keliling kampung berceramah seperti beliau adalah peguam yang handal untuk pertahankan dirinya sendiri. 

Bagaimana pula dengan kes-kes moral yang lain dan masih kelihatan 'tergantung' seperti terdedahnya video seks yang memaparkan kononnya 'mirip' Anwar sedang beraksi seks dengan wanita cina mengalahkan pelakon porno?

Apakah tiada sebarang keputusan rasmi atau sememangnya tiada siasatan terperinci terhadap pendedahan tersebut. Apakah cukup kita sebagai manusia yang normal mengatakan ianya sebagai kes terpencil dan ianya isu peribadi mirip Anwar?

Paling gila, bagaimana dengan dakwaan Mahathir bahawa beliau sendiri yang menemui mangsa liwat Anwar. Mahathir dengan jelas memperincikan bagaimana aksi seks jelik Anwar - sambil meliwat Anwar melancap mangsanya. BACA di SINI.



Kalau menurut pengakuan serius Mahathir tentang sebab pemecatan Anwar, bukan setakat Anwar lakukan hubungan seks sesama jantan tetapi dengan wanita-wanita dan Mahathir juga mengaku bertemu dengan 'bapa ayam' yang membekalkan wanita kepada Anwar. Mahathir mengaku bertemu dengan kesemuanya dan agensi yang terlibat masih terpinga samada ingin siasat atau melepaskan Anwar atas sifat ianya isu kelakuan atau nafsu peribadi?

Bertambah jelik, Mahathir lupa apa yang beliau kata sejak berpuluh tahun dahulu tentang kenapa beliau pecat Anwar!!


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top